Jati enggan terima maaf Duta Vatican City

KUALA LUMPUR 17 Julai - Jalur Tiga Malaysia (Jati) tidak dapat menerima permohonan maaf Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berhubung isu kalimah Allah, kata presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan itu berpendapat permohonan maaf Marino kepada rakyat Malaysia, yang dibuat menerusi Kementerian Luar semalam, tidak memadai untuk mereda dan memadam kemarahan serta ketidakpuasan hati masyarakat Islam di negara ini.

"Duta Vatican City itu perlu menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkannya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di negara ini.

"Pada masa yang sama, beliau perlu berjanji untuk tidak akan mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Hasan meminta pihak berkuasa tidak mengambil permohonan maaf Marino sebagai jalan penyelesaian akhir kepada isu itu sebaliknya merangka langkah segera untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

"Langkah ini juga untuk menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati kedaulatan negara ini," katanya.

Beliau mengulas permohonan maaf Marino kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Hasan berkata Jati dan beberapa NGO lain tetap meneruskan acara penyerahan nota bantahan kepada pejabat kedutaan Vatican City selepas solat Jumaat ini. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_33/Jati-enggan-terima-maaf-Duta-Vatican-City#ixzz2ZHtqviL8 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Port kaki ponteng puasa

Teman cuba untuk mencabar diri dengan tidak menjamah nasi pada hari pertama, kedua dan ketiga puasa melainkan hanya makan kurma, kuih muih dan jus pati delima Nar Eksisi serta minum air kosong dengan banyak pada waktu malam. Hanya buka puasa hari ketiga, teman mula menjamah nasi. 

Ternyata, tiada mudarat terhadap badan sehingga perlu teman mencari 'nasi ganja' di tengah hari akibat kelaparan kronik. 

Tetapi menyedihkan melihat orang Melayu yang beratur membeli nasi ganja. Apa alasan mereka untuk tidak berpuasa? Sekadar suka-suka? Atau hendak memberitahu dunia bahawa mereka tidak yakin lagi untuk mengamalkan perintah Allah dalam ajaran Islam?

Tidak berpuasa kerana keuzuran tertentu dan makan dalam ruang tertutup tanpa memberi peluang orang melihat perlakuan tidak puasa itu tidaklah sama berbanding kelakuan di bawah.
 
Port kaki ponteng puasa

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jika sekali imbas, pintu pagar sebuah kedai makan berdekatan Istana Budaya di Tasik Titiwangsa dekat sini tertutup rapat seolah-olah tidak beroperasi dan dikunci dari dalam.

Namun, semua itu hanya helah pengusaha kedai terbabit untuk mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa, sedangkan mereka tanpa segan silu menjual nasi campur kepada umat Islam ketika bulan Ramadan.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi terbabit hari ini mendapati, kedai makan Melayu itu beroperasi seawal pukul 12 tengah hari dan berkemungkinan lebih awal, menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Lebih mengejutkan, kedai tersebut bukan sahaja membenarkan pelanggan beragama Islam membungkus makanan masing-masing tetapi turut menyediakan kerusi dan meja kepada orang ramai yang mahu menjamu selera di situ.

Malah, ketika tinjauan dilakukan, jurugambar sempat merakamkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang membuka pintu pagar untuk melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Lagak mereka dan beberapa lagi pelanggan lain yang sedang menjamu selera di situ seolah-olah sudah biasa dan langsung tidak menghiraukan kawasan sekeliling.

Difahamkan, kedai terbabit memang popular bagi kalangan kaki ponteng puasa kerana terlepas daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tambahan pula, lokasinya boleh dikatakan agak tersorok kerana jalan di hadapan kedai kurang dilalui orang biarpun berada di bahagian belakang Istana Budaya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130717/wk_01/Port-kaki-ponteng-puasa#ixzz2ZHW8RGro 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Malaysia Jadi Mesir Jika PR Menang PRU13


Tragedi yang menimpa Mesir adalah gambaran apa yang terjadi sekiranya Pakatan Rakyat menjadi pemerintah.

Ini kerana, mereka mengadopsi kaedah yang sama, DEMONSTRASI.

Semasa menjatuhkan Hosni Mubarak, demonstrasi digunakan dan mereka yang berperang berbunuhan hari ini adalah mereka yang bersama berjuang menjatuhkan Hosni Mubarak.

Tiada yang mustahil apabila keganasan antara mereka sendiri lah menyaksikan pembunuhan kejam berlaku dengan lebih banyak sesama mereka.

Kita lihat sendiri bagaimana ketidak cantuman ideologi parti-parti dalam Pakatan Rakyat tetapi hanya bertunjangkan usaha menumbangkan UMNO semata-mata.

Kegeraman ke atas UMNO yang merupakan Persatuan Melayu terbesar di negara ini yang dikurniakan Allah kerajaan sebuah negara yang berusaha mengakui keislaman ditampilkan oleh setiap satu dari satu setengah bukan Islam di negara ini kerana Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan kesemuanya adalah orang Islam.

Mereka mempergunakan Islam di luar kerangka perlembagaan dengan mempersundalkan sebuah Parti yang seharusnya berkecuali dalam agenda melunturkan Islam di bumi Semenanjung, kerana namanya Parti Islam.

Umat Islam di negara ini seharusnya berwaspada pada tahap yang tinggi.

Tentu sekali apabila Pakatan Rakyat menang, akan berlaku pertempuran sengit antara mereka dan umat Islam pula kerana mereka mempunyai penyokong yang ramai. Lebih ramai dari para anti-Mursi dan pro-Mursi dalam segi nisbah bagi penduduk negara ini.