Friday, February 21, 2014

Chew Mei Fun calon BN PRK Kajang

Chew Mei Fun Sah Calon BN Tanding PRK Kajang
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.
Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.


No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).