Friday, February 14, 2014

Obama ke Malaysia akhir April bincang isu pertahanan


Washington - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan melakukan lawatan rasmi ke beberapa negara Asia Timur dan Asia Tenggara pada April nanti. Obama akan berkunjung ke Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina, namun tidak singgah di Indonesia.


Dalam pernyataannya, Rumah Putih menerangkan bahawa kunjungan Obama ke wilayah Asia akan dilakukan April nanti. Kunjungan tersebut akan berlangsung selama seminggu.



"Ia komitmen lanjutan untuk meningkatkan kerja sama diplomatik, ekonomi dan keselamatan dengan negara-negara di kawasan Asia Pasifik," menurut Rumah Putih seperti dilaporkan oleh AFP pada hari Khamis (13/2/2014).



Kunjungan pertama Obama bermula di Jepun, di mana dia akan bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Kunjungan ke Jepun ini juga untuk memenuhi undangan PM Abe yang mulai menjawat PM sejak Disember 2012 lalu.



Selanjutnya, Obama akan berkunjung ke Seoul untuk bertemu Presiden Park Geun Hye. Perbincangan dengan Presiden Park sepertinya akan didominasi persoalan Korea Utara.



Dari Seoul, Obama akan terbang ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak. Pertemuan ini akan membahas hubungan pertahanan dan ketenteraan antara kedua negara. Ia akan njadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang berkunjung ke Malaysia sejak kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966.



Perhentian terakhir Obama adalah Manila, Filipina, di mana Obama akan bertemu dengan Presiden Benigno Aquino. Pembincangan keduanya akan berkisar hubungan ketenteraan kedua negara, termasuk pusingan penempatan tentera Amerika Syarikat di negara tersebut.



Kunjungan Obama ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Manila, Filipina juga adalah untuk menebus pembatalan kunjungan Asia yang dilakukan Oktober 2013 lalu. Pembatalan tersebut disebabkan oleh krisis yang  berlangsung di Amerika Syarikat susulan penutupan sebagian layanan pemerintah persekutuan. 



Indonesia dan Brunei Darussalam juga masuk dalam senarai negara yang akan dikunjungi Obama ketika itu. Namun dalam rangkaian kunjungannya kali ini, Obama tidak menyertakan Indonesia di dalamnya.




Sedangkan kunjungan ke Jepun dan Korea Selatan dilihat bertujuan untuk memperkuat kerjasama Amerika Syarikat dengan dua negara tersebut. Rumah Putih tidak memberikan jadual  rangkaian kunjungan tersebut. Mereka hanya menyebut ia akan dilakukan pada akhir April. - DETIKNEWS

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).