Wednesday, March 12, 2014

Media Australia laporkan kelakuan salah seorang juruterbang MH370 yang hilang berdasarkan pengakuan seorang gadis

Beredar di media Australia pengakuan seorang wanita warganegara negara tersebut tentang keberadaannya di kokpit Penerbangan Malaysia semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada tahun 2011. 

Dia tampil memberi kenyataan media setelah mendapati salah seorang juruterbang yang mengajaknya untuk masuk ke kokpit pesawat itu adalah salah seorang juruterbang yang mengendalikan MH370 pada 8 Mac lalu, yang hilang sehingga kini belum dapat ditemui bersama 227 penumpang dan 11 anak kapal lainnya.

Wanita ini mendakwa sikap bersahabat atau friendly yang ditunjukkan oleh juruterbang tersebut dalam mempelawa dia dan rakannya untuk masuk ke kokpit dianggap sebagai peluang keemasan untuk melihat kerja seorang juruterbang manakala media Australia itu melaporkan bahawa pihak MAS tidak membenarkan walau dalam apa keadaan pun untuk penumpang masuk ke kokpit terutamanya ketika berlepas dan mendarat.

Wanita ini juga mendakwa juruterbang tersebut merokok dalam kokpit yang dirasakannya tidak dibolehkan namun media tersebut menjelaskan peraturan larangan merokok hanya terpakai pada penumpang dan krew di dalam kabin, bukannya di kokpit.

Juruterbang tersebut juga dakwanya mempelawa untuk ditemani sepanjang berada di Kuala Lumpur. 

Dia juga menyebut bahawa dia merasa sedih melihat posting-posting di Facebook juruterbang tersebut ketika ini dan pada masa yang sama menyatakan bahawa dia tampil memberi kenyataan bagi membantu siasatan yang pada hemat teman, cuba menjelaskan tabiat di kokpit juruterbang tersebut.

Juruterbang yang dimaksudkan ini turut mendapat perhatian setelah dia bergambar dengan wartawan CNN yang menjalankan penggambaran dalam pesawat sama yang terbabit dalam insiden hilang di udara ini. 

Pihak MAS dalam pada itu mengaku terkejut dengan berita ini namun meletakkan hal ini ke tepi bagi menumpukan misi mencari pesawat MH370 dan bagi menghormati keluarga penumpang dan krew yang terlibat.

Setiap kali teman atau mana-mana individu sekalipun menaiki pesawat, debaran pasti ada saat pesawat berlepas sehingga isyarat tali pinggang dipadamkan. Seterusnya kelihatan setiap masing-masing memejamkan mata bagi mengaburi persepsi orang lain yang memikirkan bahawa seseorang itu sedang santai walaupun hakikatnya, setiap penumpang, dengan penuh harapan, mendambakan kawalan pesawat dari juruterbang yang berintegriti, bertanggungjawab dan berkemahiran tinggi.  






2 comments:

  1. Inilah akibatnya apabila MAS makin di "Barat-Zioniskan" akibat menyertai One World Alliance (salah satu agenda New World Order), spt. Etihad dan Qatar Airways!

    Melalui One World Alliance ini, dan insiden terbaru ini, MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Qatar dan Etihad Airlines itu (apalagi MAS makin dipenuhi konsultan luar termasuk dari Barat dan lihat di http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/idris-jala-cadang-jual-omar-ong-jadi.html, Idris Jala cadang jual, Omar Ong jadi konsultan sebat komisyen?, by The Unspinners, 8/15/2013 )!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. DAJAL betullah si DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA, iaitu CIA (yg. sebenarnya diKUASAI Barat-ZIONIS/ISRAEL) – begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita kononnya mungkin bunuh diri! Kem. Luar patut BANTAH tuduhan si KAPIR DAJAL ni – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578020/Why-cellphones-missing-Malaysian-Airlines-passengers-ringing-Family-members-claim-loved-ones-smartphones-active.html:

    Did pilot commit SUICIDE? CIA boss says it is one theory agency is looking at as Malaysian police say they are carrying out psychological profiles of everyone on plane

    By James Nye and Amanda Williams and Richard Shears

    11 March 2014

    Authorities are investigating the possibility that the pilot of the missing Malaysian Airlines flight MH 370 committed suicide, the director of the CIA has revealed.
    John Brennan, head of the US Central Intelligence Agency (CIA), said: 'I think you cannot discount any theory', when asked if it was possible the pilot deliberately crashed the Boeing 777………

    Tapi tak pula si DAJAL CIA ni nak tuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad setelah rumahnya musnah dlm. kejadian gempabumi di Christchurch; dan mungkin dia sempat parachute keluar selepas menjlnkan misinya. Sebab gaya dia seolah nak bunuh diri atau mulakan hidup dgn. ID baru – kan ejen CIA-Mossad (barat-Zionis) boleh buat apa saja! Lihat di
    http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html:

    Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him'

    • Paul Weeks was on the missing flight as he made his way to new job
    • Before leaving he had taken 'lots of photos' of his family, his wife has said
    • She said he left her his wedding ring and watch in case something happened
    • She has said she 'can't give up hope... I would love him to walk through that door'

    By James Rush

    11 March 2014

    Mechanical engineer Paul Weeks, 39, of Perth, Australia, was on the flight as he made his way to his first shift in a fly-in fly-out job.

    His wife Danica has revealed how he left the objects with her to give to their two boys if something was to happen to him……

    She told 9News National in Perth: '(He said) "If something should happen to me then the wedding ring should go to the first son that gets married and then the watch to the second".'

    The former soldier, who was born in New Zealand, moved his young family to Perth after their home in Christchurch was devastated by earthquakes…..

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).