APABILA BILANGAN MELAYU ISLAM TAK SEDAR DIRI TERUS MENINGKAT, MAKA KEDUDUKAN MASJID-MASJID, SURAU-SURAU, PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK BERGERAN AKAN TERANCAM.
INI KERANA MELAYU JENIS INI CENDERUNG MENAIKKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM YANG CENDERUNG MEMPERTIKAI SEGALA-GALANYA TENTANG ISLAM UNTUK MENJADI PELINDUNG MEREKA YANG JELAS SEKALI AKAN MEMBAWA MUSIBAH KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?
Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.
Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?
Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.
Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.
Sekarang sudah terlambat. Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.
Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.
Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.
Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari.
Jika beras sudah menjadi bubur, ia tidak boleh menjadi nasi semula, walau dilakukan apa sekalipun.
Oleh itu, jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang itu sebagai iktibar kepada kita semua.
Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd
tak tau lah pulak negeri lain...tapi negeri saya apabila hendak dirikan surau atau mesjid mestilah mendapat kelulusan majlis agama negeri dan seterusnya d wakafkan tanah tersebut kepada majlis agama dan tidak boleh di tuntut balik oleh sesiapapun waima waris asal....ini melalui pengalaman saya di mana keluarga telah mendirikan surau serta sekolah agama diatas tanah sendiri tapi telah di wakafkan kpd majlis agama sebagaimana syarat kelulusan......pihak keluarga walaubagaimana pun di beri kelonggaran mengurus sendiri harta tersebut atau kalau tak mampu di beri kelonggaran melantik wakil sebagai pengurus bersama wakil majlis agama.....cuba sahkan dulu kenyataan pihak tuan samada menyeluruh atau terpencil....
ReplyDeleteArtkel yg. mat BERNAS Ipoh Malay!
ReplyDeleteKalaulah Tanah Melayu ni akhirnya terus TERGADAI semuanya sekali kat PENDATANGKAPIR DAJAL yg. asalnya dibawa PENJAJAH British-ZIONIS, kita boleh salahkan pemimpin Islam/Melayu yg. biaqkan ini berlaku! Dan kita sbg. rakyat biasa ni, hanya mampu berdoa ALLAH SWT menghukum mereka!
Tengoklah Republik Afrika Tengah, BUMIPUTERA Islam pun boleh dihalau dan dibunuh dr. tanah PUSAKA nenek moyang mereka - tapi adakah puak Kristian yg. membunuh/menghalau mereka takut kat undg-undg antarabangsa mahupun kat askar Pernachis dan PBB, kononnya sbg. tentera pengaman kat situ?!
Umat Islam juga diPERBODOH-diTAKUTkan mcm. hamba abdi si KAPIRDAJAL - dgn. menggunakan undg-undg KAPIR Bart-ZIONIS termasuk undg-undg UN dan bawah falsfah "demokrasi-hak-asasi"!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).