Tuesday, April 01, 2014

MH370 : Teguran Allah kepada kita



8 Mac 2014 negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS menuju Beijing. Genap 6 tahun sebelum itu, negara digemparkan dengan kekalahan di lima negeri dalam PRU ke 12 8 Mac 2008.

Sedang angka 8 merupakan angka bertuah masyarakat Cina, mereka disuguhkan dengan dua kisah sekaligus. Antara suka dan duka yang dibezakan 6 tahun garis masa. 

Malah ketika angka 8 dibaluti tuah tahun kuda mulai Tahun Baru Cina yang lalu, pesawat MH370 hilang dan menggegar negara Malaysia di mata dunia terutamanya pada rakyat China yang merupakan 1 per 7 dari penduduk dunia.

Ironis sekali, pada tahun kuda 12 tahun yang lalu, rakyat China berbondong-bondong melawat Malaysia kerana mengatakan Malaysia sedang mempunyai tuah, dengan Perdana Menteri bernama Ma-hathir di sebuah negara bernama Ma-laysia. Ejaan Cina untuk kedua-dua Ma tadi adalah sama dengan Ma untuk kuda.

Apakah segalanya terjadi tanpa sebab yang nyata? Jika dilihat dari segi konspirasi manusia sekalipun oleh pihak-pihak atau khianat individu-individu yang mana-mana sekalipun, ia tidak berlaku tanpa izinNya.

Lihatlah bagaimana Tuhan menegur manusia.  Tuhan tunggal Allah Azzawajalla. Ini kehendakNya ke atas rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mana? Yang mengaku menyembahNya tetapi berperang sentimen berpecah belah dan memanggil sebarang usaha penaklukan yang bercitarasa besar, untuk masuk mencampuri.

Dan rakyat yang beragama lain yang berebut mahu menggunakan namaNya tanpa mahu bertasbih kepadaNya.

Kini nasi telah jadi bubur. Keterkebelakangan teknologi negara ini adalah bodoh untuk disalahkan kepada kerajaan memerintah apakala sistem pembangkang di negara ini tidak mempunyai otak yang menguntungkan masa depan negara. Tidak pernah pun ada usaha menyarankan pembelian aset termoden yang dikira penting melainkan menghentam angkatan tentera dengan nafsu bagaikan gerombolan tentera asing yang masuk berperang mulut.

Puaskah hati kita melihat NON STOP disusuli DEEP WATER dan disambung CAPTAIN AMERICA ? Dan kita saling berpecah lagi. Kita saling sekongkol walaupun saling saman berjuta. 

Bangunlah dari tidur sebelum 'POMPEII' meletus dan melenyapkan semuanya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).