Situasi ini berkisar penghujung 2012. Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut
merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang
mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian
Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang
sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang
mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.
Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.
Dengan kaedah ini, mereka yang paling ramai di kalangan tiga kelompok tidak akan mampu bersuara dan menjadi mangsa ketempangan demokrasi. Lemahnya pemikiran politik ramai orang Melayu hari ini menyaksikan tidak sedikit yang tidak tahu bahawa mereka sedang menyokong formula pembodohan ini.
Hukum politik jenis bertiga ini mirip apa yang diamalkan Pakatan Rakyat dalam cita-cita mereka menguasai negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan
kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya
Presiden Barisan Nasional.
Boleh jadi tiga Presiden atau 1 Presiden 3 Perdana Menteri. Siapa boleh ramal apa. Bila orang gila kuasa mendapat negara.
Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen ini.
Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa
perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di
pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik
dan pihak fundamentalis Islam politik.
Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan
satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil
sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai
negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf
Palestin sebagai sebuah negara- pada undian khas di PBB yang berlangsung pada bulan awal Disember 2012.
Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.
Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari
kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai
kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden.
Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya
Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi,
PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan
menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari
ini tanpa mengira demografi.
Bagaimanakah untuk mendapat dua pertiga suara parti dalam Pakatan Rakyat sendiri , mengingati ianya pakatan tidak berdaftar dengan ketiga-tiga kuasa berdiri dengan ego sendiri tanpa apa-apa perjanjian bertulis yang telus kepada penganut fahaman mereka. Bagaimana PKR pula tidak mampu membantu PAS dalam menegak agenda Islam kerana penglibatan sangat banyak konco DAP di dalam PKR yang diragukan toleransi mereka ke atas Islam.
Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini
hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang
anti Islam akan mengambil tempat dan memberi kesan penentangan pula bibit-bibit Islam yang sedang subur
bercambah.
Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam jika kesilapan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta
politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang
akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun
majoritinya adalah Muslim.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).