Akhirnya pihak tentera Thailand mengumumkan rampasan kuasa oleh tentera kini berkuatkuasa. Sebelum ini penafian dibuat oleh pemimpin tertinggi tentera negara itu ketika meletakkan Thailand di bawah undang-undang tentera dua hari lalu.
Berikutan itu, segala aktiviti seluruh Thailand ditamatkan pada waktu malam dengan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 5 pagi dengan perkhidmatan pengangkutan awam Skytrain di Bangkok tamat jam 9 malam.
Namun perintah tersebut mengecualikan mereka yang tiba di Thailand atau perlu keluar dari Thailand pada waktu tersebut, pekerja kerajaan dan swasta yang bekerja shif malam di sektor perubatan, perkilangan, permakanan yang cepat rosak dan penerbangan juga kepada mereka yang perlu rawatan kecemasan.

Beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang turut ditahan selepas mereka dipanggil untuk berbincang dengan tentera bagi memulihkan keadaan, namun tiada kata putus. Lanjutan itu, pihak tentera mengambil keputusan untuk merampas kuasa.
Ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari oleh kita, jiran mereka di selatan. Ini kerana budaya demonstrasi puak baju kuning yang bercambah kebelakangan ini yang didanai pihak asing diinspirasikan dari apa yang telah mereka dana di Thailand.
Prayuth: Coup is necessaryPublished: 22 May 2014 at 18.03Army chief Gen Prayuth Chan-ocha on Thursday announced a military coup two days after putting the country under martial law. Gen Prayuth said the armed forces decided to take control of the country to ensure peace and order.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).