Berikut adalah apa yang tersebar di Facebook kini. Kisah seorang pemuda yang diculik 3 lelaki India di Putra Mahkota dan hanya tersedar di Bentong Pahang dengan dugaan akan dijadikan mangsa pencurian organ. Terjemahannya adalah seperti berikut :
Sepupuku. 22 tahun, pemuda yang cukup matang tetapi malang di luar jangkaan berlaku sehari sebelum Ramadhan. Dia diculik oleh 3 lelaki India di tengah siang buta di Petronas Putra Mahkota berhampiran rumah kami.
Lewat tengahari, selepas mengisi minyak, dia meletak kenderaan di sebelah kedai Mesra untuk ke tandas. Seorang lelaki India datang kepadanya meminta agar ditengok-tengokkan rakan-rakannya di dalam sebuah van. Dengan tanpa ada rasa curiga dan niat untuk membantu, di akhirnya disumbat ke dalam van dan apabila tersedar, dia mendapati dirinya diikat. Untungnya, dia berjaya melepaskan diri dan melarikan diri ke premis berhampiran yang ditemuinya iaitu balai bomba. Mereka membantunya menghubungi polis dan bapa saudaraku. Dia ditemui di Bentong dan menurut polis ia adalah jalan terhampir untuk ke Thailand dan bakal menjadi mangsa sindiket pencurian organ. Anda semua harus berhati-hati di mana jua anda berada. Sentiasalah perhatikan mereka-mereka disekeliling anda. Jangan ambil mudah soal keselamatan diri memandangkan lihatlah, seorang lelaki yang sudah besar juga boleh menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Sebesar-besar kesyukuran kepada Allah Maha Berkuasa kerana menyatukan kami semula dengan sepupu kami. Besar hati kami melihat kamu kembali ke rumah, Aqil MoSaid.
Apa ertinya ini? Kepastian dari pihak berkuasa amat dituntut dalam kes ini kerana tugas penegak undang-undang adalah untuk memastikan ketenteraman rakyat, bukan untuk menutup apa yang tidak terlihat. Jika polis tidak mendapatkan si gadis ini untuk diambil keterangan, tentu sekali pihak-pihak yang berkepentingan lain pula yang akan melakukannya.
Jangan sampai undang-undang jatuh ke tangan rakyat kerana di situ akan ada kacau bilau yang sukar dikendalikan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).