Friday, October 17, 2014

Hudud : PAS Kelantan tempelak bukan Islam dalam Pakatan Rakyat

Memang layak untuk umat Islam bersatu menghentam puak-puak bukan Islam yang terlalu sibuk dalam urusan orang Islam. Ini kerana ketika penentangan ke atas pesta bir mereka, bukan main lagi mereka menyebut orang Islam tidak perlu campur urusan mereka.

Hanya beberapa ketika pernyataan mereka dibalas dengan jelas sekali. Daripada sibuk bertelagah Terengganu dan Johor dalam cerita bolasepak yang laghaa, yang kedua-duanya kalangan orang Islam, lebih baik bersatu menghentam bukan Islam yang terlalu menyibuk dalam urusan ini.

Blog ini menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan. Jika sebuah negara sekular yang menyamaratakan semua agama pun boleh membenarkan wilayahnya memilih untuk menjalankan hukum syariah, yakni Indonesia, membenarkan Aceh menjalankan hudud, kenapa tidak negara ini?

Tapi jangan pula ada kenyataan minta maaf kepada puak yang ditempelak itu seperti sebelum-sebelum ini yang membuatkan PAS sehingga harini kelihatan seperti harimau yang ditampar hingga berterabur gigi taringnya di atas tanah. Hehehe. 



'Bukan Islam tak perlu kisah'
Oleh Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu

"Kita tak perlukan persetujuan orang bukan Islam untuk melaksana hukum hudud, lagi pula undang-undang ini tidak membabitkan mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Darulnaim, di sini, semalam ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasanya.

Menurutnya, beliau yakin Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hukum hudud akan dapat dilaksanakan di Kelantan seperti dirancang meskipun ditentang pihak lain dalam pakatan pembangkang.

"Orang bukan Islam dia tak perlu pun nak kisah atau halang kerana undang-undang ini tidak ada kena mengena dengan mereka. Dia tak setuju pun tak timbul atau jejas apa sebab kita tak perlu pun persetujuan mereka," katanya.

Ditemui di luar dewan, Mohd Nassuruddin berkata, enakmen berkenaan dijangka dibentang dan dibahaskan di Parlimen tahun depan sebelum diwartakan sebagai undang-undang.

Katanya, ketika ini proses mengemas kini enakmen itu berjalan baik dan perbincangan peringkat jawatankuasa teknikal kebangsaan juga berlangsung dua kali di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Insya-Allah pada 2015, kita akan dapat merealisasikan hudud. Kerajaan negeri akan pastikan semuanya berjalan dengan baik.

"Hudud hanya kena pada orang Islam yang melakukan kesalahan, jadi tak timbul persoalan orang bukan Islam tidak bersetuju dengan undang-undang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:34 AM

HARIAN METRO


No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).