Pelajar SJKC perlu kuasai bahasa Mandarin dan Melayu
KOTA BHARU 14 Okt. Pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik sebagaimana mereka fasih menggunakan bahasa Mandarin.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, perimbangan tahap penguasaan di antara keduadua bahasa itu adalah perlu bagi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini terus kukuh.
Menurutnya, buat masa ini perimbangan tahap penguasaan keduadua bahasa itu dalam kalangan pelajar SJKC tidak wujud apabila mereka hanya menguasai bahasa Mandarin.
"Jadi, para pelajar di SJKC perlu mengimbangi penguasaan bahasa Cina dan Melayu ini dengan baik. Jika mereka dapat menguasainya maka tidak akan lagi timbul SJKC lebih kepada satu kaum sahaja.
"Di SJKC, 85 peratus pelajarnya adalah kaum Cina dan selebihnya terdiri daripada kaumkaum lain seperti Melayu, India, Siam dan sebagainya. Jika perimbangan ini wujud saya percaya ia akan dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini," katanya selepas Wacana Permartabatan Bahasa Melayu Sempena Karnival Bahasa Melayu di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta SJKC meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan muridnya bagi membolehkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan itu dengan lancar dalam percakapan.
Kok Seong memberitahu, pergaulan antara para pelajar pelbagai kaum di SJKC sebenarnya sudah wujud namun mereka menggunakan bahasa Mandarin sebagai perantaraan dan bukannya bahasa Melayu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan pelajar tersebut terbawabawa untuk menggunakan bahasa Mandarin sebaik sahaja mereka melangkah ke alam pekerjaan.
"Jika perimbangan ini dapat dilakukan, SJKC mampu melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Mandarin dan Melayu dengan baik," katanya.
Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd
memang benar. Anak saya yang berpendidikan sekolah cina fasih berbahasa mandarin tetapi kawan2 cinanya sangat lemah berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana mereka berkomunikasi hanya dalam bahasa Mandarin sampai mereka dewasa.
ReplyDelete