Wednesday, April 09, 2014

Red Bean Army dari kalangan Melayu



Siasatan teman mendapati beberapa kawan sepermainan teman dari kampung sebelah menjadi Tentera Kacang Merah di Kuala Lumpur. Mereka yang berasal dari kampung tersusun yang dihuni oleh banyak penyokong PAS, merelakan diri untuk dibayar dengan duit entah hasil mana datang supaya menjadi agen maya kumpulan pembangkang yang jelas diketuai DAP.

Rupa-rupanya tidak sedikit orang Melayu yang menadah kencing puak tertentu yang menguasai pembangkang, terus ke dalam mulut mereka sendiri.

Mengapa teman kata demikian? Ini kerana wang yang dibayar kepada mereka datang dari mana? Hasil lendir rumah urut yang bercambah di Selangor? Atau kekayaan negeri Pulau Pinang tetapi khusus cukai-cukai maksiat? Kasihan.Mereka lupa dajal kini di mana-mana. Sebab itulah kita dapat lihat kelakuan mereka terlalu bukan-bukan.

Teman rileks je. Tanpa dibayar. Teman bayar internet guna duit sendiri je. 

Fitnah tanpa bersalah, menutup pintu kritik ke atas pihak sendiri dan menganut fahaman bahawa kutuk, hina, fitnah dan reka cerita memburukkan orang lain yang bukan kalangan mereka itu bagai asas keperibadian utama mereka di dunia maya kerana luar mereka berpura-pura dan kalau boleh menjadi lalang paling baik.  Perbuatan ini sebahagian natijah hasil dari mentekedarah sumber entah mana datang.

Lebih buruk, jika hidup memaksa mereka menyara anak bini dengan wang hasil saluran dari kelompok itu yang boleh dikatakan anti-Islam ini. Entah apa pula hasil jenis makhluk benih mereka itu yang kelak menjadi dewasa.

Red Bean Army sebenarnya turut terdiri dari ramai orang Melayu yang kebulur makan wang haram puak yang menjana kekayaan tanpa sempadan syarak.

Merekalah yang terpersona dengan dunia internet, terdiri dari golongan yang baharu di dunia IT, meneroka segala apa di dalamnya semata-mata mahu meyebarkan rasa benci. Itulah perjuangan mereka. 

Kelebihan masa yang mereka ada membuatkan mereka punya terlalu banyak masa berbanding anak-anak Cina yang hanya berorientasikan musim pilihanraya dan sibuk mencari wang. Sebagai continuity, budak-budak MA LAI CAI ini digunakan kerana siapa tak kenal sifat busuk hati orang Melayu apabila mereka sampai ke fasa tidak faham agama mereka sendiri.

Semoga mereka akan sedar.

Jokowi mampu menang pilihanraya presiden Indonesia Julai ini.

JAKARTA 7 April - Buat kali pertama, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan tempoh pentadbirannya pada Oktober ini membuat kenyataan terbuka menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada Joko Widodo atau Jokowi untuk menggantikannya dengan memilih beliau pada pilihan raya Presiden Indonesia (Pemilu) 2014.

Kepada Jokowi yang muncul sebagai calon paling popular untuk menggantikan beliau, Susilo menasihatkan Gabenor Jakarta itu agar meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah Indonesia.

Dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube semalam, Susilo juga mencadangkan kepada Jokowi agar menyenaraikan rancangannya untuk menerajui negara ini, sekali gus dapat menyangkal prasangka banyak pihak terhadap kemampuan beliau.

"Saya fikir apa yang paling baik ialah rakyat tidak terlalu cepat menghakimi beliau (Jokowi) sebagai seorang yang tidak berkemampuan. Pada masa sama, Pak Jokowi harus membentangkan idea, cara mengatasi serta polisi yang akan beliau perkenalkan untuk menyelesaikan masalah dalam negara yang sedang dihadapi.

"Dengan memberikan penjelasan tentang program dan bersedia untuk membincangkannya, rakyat boleh menilai kualiti yang ada pada Pak Jokowi berbanding calon lain Presiden. Daripada situ, rakyat boleh membuat pilihan siapa calon paling tepat untuk menggantikan saya," kata Presiden Indonesia itu.

Mengenai dakwaan lawan politik yang menggelarkan Jokowi sebagai boneka kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri, Susilo berkata, Jokowi harus membuktikan sebaliknya.

"Ia akan menjadi satu cabaran kepada Pak Jokowi atau sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden seterusnya untuk tidak membenarkan diri mereka mengikut telunjuk sesiapa, sama ada daripada pelabur atau entiti asing. Saya tidak pernah membenarkan sesiapa untuk campur tangan dengan apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun di pejabat (memerintah)," ujar Susilo.

Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Joko Widodo (kanan sekali) ketika lawatan kerja ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan operasi KL Monorail Jun tahun lalu.