Thursday, January 15, 2015

Ikuti blog Pemikir Jawi , blog bertulisan jawi sepenuhnya

Atas reaksi yang menggalakkan, bermula 14.1.2015 bersamaan 24.3.1436, sebuah blog jawi telah terbit menemui pembaca dari kalangan orang-orang Jawi.



Blog ini boleh diakses di alamat http://pemikirjawi.blogspot.com. Ia berdiri dengan dasar-dasar yang ada tersiar di blog tersebut.

Jika anda adalah antara pecinta Jawi, intelektualis atau pemimpin masyarakat Jawi, anda boleh menyumbang penulisan anda dengan menggunakan ruangan komen yang telahpun ditetapkan untuk tidak muncul secara automatik melainkan tiba terlebih dahulu ke pentadbir blog.

Selain itu juga, Pemikir Jawi juga telah mempunyai Page di Facebook yang didirikan serentak dengan blog tersebut. Untuk menziarahinya, sila klik di SINI. Jangan lupa tekan LIKE. Hehe. Admin yang boleh bertulisan jawi sangat-sangat diperlukan.



Diharapkan ia mampu menjadi pendorong untuk lebih banyak lagi blog dan Page di Facebook yang mengangkat tulisan jawi sebagai medium dan asas kewujudannya.


2 comments:

  1. نكارا اين تيدك اكن بوله براوبه كران جيوا رعيتث داري اكر اومبي سوده ترتانم دعن كسستان يع ساعت والله اعلم

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).