Selepas dilanda siri hujan monsun yang menyebabkan bah terburuk dalam rekod negara, Semenanjung Malaysia semakin dihampiri gelombang kering dari utara.
Imej satelit Agensi Meteorologi Jepun pada pukul 1:00 pagi 13 Januari 2015 menunjukkan pergerakan gelombang kering semakin merebak ke selatan Indo China dan mula menceroboh masuk ke Semenanjung secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat.
Ini hampir seperti mengulangi kejadian kemarau tahun lalu apabila tiada hujan direkodkan melebihi 60 hari di Semenanjung dan mengakibatkan krisis bekalan air di Lembah Klang dan berlaku kebakaran hutan di merata tempat.
Berikut adalah kronologi cuaca signifikan awal tahun lalu.
Walaubagaimanapun perkembangan selanjutnya adalah bergantung kepada kehendak Empunya alam ini sendiri.

Disember 2013 - Banjir melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dengan lebih 50,000 orang terpaksa dipindahkan. Kemusnahan harta benda dan infrastruktur banyak berlaku di Terengganu.
Januari 2014 - Taburan hujan menurun drastik sehingga pertengahan Januari, hujan telah jarang turun. Suhu udara pada penghujung Januari menjadi agak rendah ekoran terjahan gelombang kering dan dingin dari Siberia dan China.
Februari 2014 - Tiada hujan direkodkan di seluruh Semenanjung Melayu dari Singapura hingga ke Phuket.
Mac 2014 - Kemarau memburuk, padang menghijau bertukar perang dan kebakaran hutan dalam negara menyebabkan jerebu tebal.
April 2014 - Hujan mulai beransur turun dan fenomena 'musim bunga' terjadi apabila pohon bungur mengeluarkan bunga luar biasa setelah kemarau berakhir.
Walaubagaimanapun perkembangan selanjutnya adalah bergantung kepada kehendak Empunya alam ini sendiri.
Cerapan tahun lalu bertarikh 26 Februari 2014 ketika hujan tidak turun lebih dari satu bulan. Hujan hanya mula turun pada penghujung bulan Mac dalam musim kemarau tersebut.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).