Saturday, May 16, 2015

Sejarah Rohingya dan peranan Malaysia

Rohingya merupakan penduduk berketurunan Bengal yang mendiami seberang sempadan Bangladesh - Burma. Malang bermula apabila kedudukan mereka di letakkan British dalam wilayah Burma yang pernah mereka takluki.

Burma yang mengamalkan asimilasi agama menegakkan Buddha jenis paling jahat kerana dikepalai oleh sami Buddha yang menjadi tunjang penghasut pengusiran dengan cara pembunuhan dan telah dikupas oleh majalah Time satu ketika dahulu. Tiada nilai-nilai baik ajaran Buddha yang ada pada jenis ini yang umpama syaitan berjiwa binatang pemangsa.


Rohingya adalah penduduk wilayah utara Rakhine atau dahulu dikenali sebagai Arakan. Perang Inggeris - Burma pada tahun 1826 membawa kepada penaklukan Arakan dan berlaku penghijrahan dari Benggala yang merupakan jajahan British masuk ke wilyah tersebut untuk memenuhi keperluan perladangan dan pembangunan di kawasan tersebut. 

Memang terdapat ramai orang dari Benggala mendiami Arakan sebelum itu tetapi signifikasi pertambahan penduduk berlaku semasa pendudukan Inggeris. Kumpulan ini menggunakan bahasa Rohingya yang berbeza dengan bahasa Bengali tetapi masih dalam rumpun yang sama. 



Ini membuatkan banyak antropologis menyimpulkan bahawa Rohingya merupakan antara etnik asli di wilayah tersebut.

Rohingya serata dunia berjumlah tidak sampai 2 juta orang. Ini adalah kurang dari penduduk Kelantan dan Terengganu digabungkan. Tetapi mereka menjadi etnik paling tertindas di dunia. 

Lebih 50% daripada mereka telah menjadi pelarian di negara asing. 400,000 di Arab Saudi, 300,000 di Bangladesh, 200,000 di Pakistan, 100,000 di Thailand dan 40,000 di Malaysia.

Ya. Malaysia tidak menampung sebanyak Arab Saudi. Bahkah tidak sebanyak Thailand yang merupakan negara dominan Buddha.


Malangnya rakyat negara
 ini yang baru merasakan sedikit kemodenan beserta kehidupan yang mencukupi bagi golongan pertengahan, sudah berlagak sombong. Ini banyak disebabkan oleh sikap kurang mengkaji walaupun telefon pintar di tangan. Lebih baik bermedia sosial dari mengkaji. Dan tunggu apa yang disogokkan untuk ditelan.



Akibatnya mereka tidak tahu apa sebenar yang belaku serta puncanya. Mereka malah hilang sifat ihsan akibat diselaputi lendir politik dan rasa tidak mahu ikut campur.


Lalu ini membawa kepada campurmulut orang agama yang mentakrifkan dengan cara yang mudah disensasikan media pengadu domba.


Malah orang Islam sendiri di negara ini memandang enteng dan menunjukkan rasa hina tanpa empati terhadap krisis yang melanda saudara seagama mereka.


Krisis Rohingya seharusnya diselesaikan oleh United Kingdom kerana merekalah membawa ramai pemestautin dari Bengal masuk dan bercampur menjadi etnik Rohingya di Arakan. Negara Komanwel seperti Malaysia seharusnya memainkan peranan besar dalam mendesak Arakan diperhatikan kerana seperti Inggeris membawa masuk orang Cina ke Semenanjung, mereka kini menjadi warganegara Malaysia, Rohingya perlu diiktiraf sebagai warganegara Myanmar!

Kerajaan Myanmar yang dipimpin orang Burma hari ini tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara.

Hari ini, negara dipermalukan oleh dunia akibat tindakan mengusir pelarian Rohingya yang tiba berkapal-kapal dengan jumlah hampir 7,000 orang kerana dibuat oleh sebuah negara Komanwel, negara Islam malah pengerusi ASEAN yang turut dianggotai Myanmar.



Kita dipertanyakan mengapa tidak didaratkan, dipagar diberi perlindungan sementara dengan memaksa bantuan negara Islam atau UNHCR dan menekan Myanmar supaya menerima dan memberikan hak sewajarnya sebagai warganegara kepada Rohingya sebelum dihantar pulang dan diselia badan antarabangsa  dalam penstrukturan semula masyarakatnya.

Manakah telur kita untuk mengetengahkan sesuatu seperti ini dengan kuasa kita sebagai pengerusi ASEAN?

Anwar Ibrahim dilihat terus menyanjungi Aung San Su Kyi dan Najib Razak masih mesra menjabati Thein Sein. Mengapa kita tiba-tiba menjadi negara zalim?

 Takutlah kalau-kalau ada azab akan turun.

10 comments:

  1. Info menarik tuan, tetapi pada rangkap mandailing tu ada sedikit salah. mandailing tidak datang dibawa oleh british. Mandailing seperti mana bugis, jawa dan sebagainya telah lama berjalan di bumi tanah melayu jauh sebelum kedatangan british.

    ReplyDelete
  2. betul ke rohingya tu sejarah dia macam tu?

    kenapa sampai dua kali dia bangun nak lawan kerajaan burma sebab nak tuntut wilayah sendiri akibat terpengaruh dengan revolusi bangladesh dan pakistan?

    kenapa senyapkan bab tu tapi main sentimen Islam,saudara mara dan sebagainya?

    kalau dah dua kali memberontak tuntut wilayah sendiri dalam kerajaan orang ingat ada kerajaan boleh sabar ker?

    kalau payah sangat suruh rohingya pergi negara jurucakap UNCHR tu.sibuk sangat suruh orang terima.

    ko kesian kat pengemis ko pun bagi makan dan duit je.ada tak ko bawak balik rumah,bagi baju,masak,kawin dengan anak ko dekat pengemis tu?

    buat baik sampai rakyat malaysia yang tersepit.

    ReplyDelete
  3. 1. Straits Times Singapura mendedahkan beberapa pegawai Duta Bangladesh di KL yang makan rasuah menyebabkan seramai 50,000 PATI di Malaysia pada 1996.
    2. Kata Mohammad Harun Al Rashid, penyelia CARAM Asia korrupsi adalah paling sebab utama.
    3. Orang tengah, pengurus tenaga manusia, syarikat luar Negara agency, BEBERAPA PEGAWAI AWAM Malaysia yang makan rasuah, mengkongsi wang rasuah terhadap perdagangan kemanusiaan.
    4. Mereka menipu permintaan buruh kasar lebih dari biasa menunjukkan permohonan palsu.
    5. Pada tahun 2009, Talat Mahmud, labour counselor dari Kedutaan Bangladesh di KL dituduh memberi pengesahan tanpa pekerjaan kepada warga Bangla kerana perhubungan rapat dengan kaki tangan manpower di Malaysia. Talat dipanggil balik ke Dhaka kerana Malaysia membatalkan 55,000 visas pekerja pada awal tahun 2009.
    6. Jabatan Immigresyen director-general Wahid MD Don bersalah dan dihukum kerana menerima 60,000 RM membenarkan 4,337 visa kepada pekerja Bangladesh di Malaysia pada 10hb July 2008.
    7. Pada 30.10 2013, Wahid Md Don dipenjarakan selama 6 tahun dan bayar hukuman sebanyak RM300,000.
    8. Sekarang penghuni syarikat menghumbankan pekerja Bangladesh. Mereka mengeluh kerana kerajaan Malaysia membiarkan kelambakan pekerja asing dari Bangla menanti peluang pekerjaan mereka. Kerajaan Malaysia lebih berat mengambil pekerja dari India, Nepal dan Vietnam, kata Ruhul Amin, joint secretary-general Kesatuan Bangladesh International Recruiting Agencies. Agensi ini sudah berhubung dengan kerajaan Malaysia beberapa kali, tetapi tiada perubahan. Justeru, pencari kerja Bangla mencari jalan haram.
    9. Zaid Bakht, research director Bangladesh Institute of Development Studies, kata setiap tahum ada 2 juta (2,000,000) pemuda Bangladesh menyahut permintaan buruh di Malaysia.
    10. 3 kerajaan Timor Tengah menyekat permintaan buruh dari Bangladeshi:
    • 2008 -- Saudi Arabia melancarkan sekat kemasukan buruh Bangladesh
    • 2012 – United Arab Emirates
    • 2006 – Kuwait berhentikan pengambilan buruh kasar Bangladesh.
    UNHR – United Nation Human Right jangan jadi KUKU BESI mahu Malaysia dan Indonesia tunduk kepada mereka.
    MALAYSIA JANGAN TERTIPU DARI ALASAN WARGA BANGLA SERTA ROHINGYA DAN KELUARGA MEREKA. MEREKA SEPATUTNYA DUDUK DALAM NEGERI MEREKA.
    APA GUNANYA KERAJAAN MEREKA DIPERINTAH OLEH KEPEMIMPINAN POLITIK MEREKA JIKA PEMIMPIN BANGLADESH DAN MYANMAR KORUP ENGGAN MEMBELA NASIB RAKYAT MEREKA SENDIRI?

    ReplyDelete
  4. nape biarkan katiman kt atas ni menyebarkan bi'ah judi?

    ReplyDelete
  5. Kita tak suruh bagi kad unhcr dan biar mengerumuni pasar selayang. Kita suruh didaratkan sahaja dan bagi perlindungan. Kita tangani 300000 pelarian vietnam dulu dua pertiga pergi ke negara ketiga dan sepertiga kembali pulang ke vietnam. Tak ada satu orang vietnam pun akhirnya jadi warganegara. Jangan terlalu sombong. Ramai orang kita juga boat people nenek moyangnya. Salah urus negara juga boleh membuatkan kita jadi boat people di masa depan.

    ReplyDelete
  6. Rakyat prihatin16 May 2015 at 12:44

    Susah apabila manusia terlalu pentingkan diri sendiri. Sentiasa PASTI yang dirinya dan susur galurnya akan SENTIASA hidup senang. Lupa TAKDIR ALLAH, kuasa Allah.

    Saya setuju dgn pandangan Tuan Ipoh Malay.

    ReplyDelete
  7. Nak tempatkan dekat mana? Kat pulau. Pulau mana? Pulau selayang? Kalau akhirnya myanmar setuju iktiraf depa sbg warga ok la. Boleh balik smula. Mcm vietnam. Yg lari tue sbb takutkan kominis vietcong. Bila vietcong dah twn saigon, dh isytihar mereka yg lari buleh balik, 2/3 balik. 1/3 pilih negara ke 3. Skang kita berhadapan gelombang 6000 pekarian. Myanmar hanya tggu masa jer. Sekali klau malaysia cakap sanggup tempatkan mereka kat pulau, nuh 800000 lagi dok sedia. Silap2 myanmar bagi pulak bot & bukak luas2 pintu sempadan. Sebab tujuan mereka xdak lain, nak menghapuskan terus melalui diaspora. Klau depa nak genocide nmpak sgt macam nazi. Alih2 malaysia jugak tersepit. Lagi satu NGO dok balun malaysia sbb xnak terima tapi xdak pulan balun thailand yg menghostkan kem2 pemerdagangan manusia. Ada kem belah malaysia? Byk implikasi nya klau tak ditangani. Soal kemanusian tue memang lah. Sesama muslim wajib kita tolong. Tapi akar permasalahan tue macam mana?

    ReplyDelete
  8. Dah diulas panjang kau soal lagi. Panjang pulak tu. Kosong. Kau baca ke tidak labi?

    ReplyDelete
  9. Dah diulas panjang kau soal lagi. Panjang pulak tu. Kosong. Kau baca ke tidak labi?

    ReplyDelete
  10. Daratkan mereka dulu n bg bantuan asas kemanusiaan...makan minum, pakaian dn tempat tinggal. Itu tnggungjawab insan lebih2 lg seagama.
    Jgn takut rezeki tak cukup, kalau kita ikhlas tolong orang susah. Itu janji Allah. Jgn jadi manusia simbong. Rezeki yg dah kat tangan pun Allah boleh tarik kalau Allah nak. Tengok berbilion duit 1MDB.., hilang kemana rezeki tu.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).