Penggunaan Jata Negara secara tidak bertanggungjawab semakin berleluasa. Terbaharu, sebuah laman Facebook yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam menggunakan Jata Negara sewenangnya di laman milik ejen pembiayaan peribadi tersebut.
Penggunaan jata negara secara tidak wajar ini jelas ditegah melalui peruntukan Akta 414 yang mensabitkan hukuman denda RM1000 bagi kesalahan tersebut. Tetapi mana pihak yang menguatkuasakannya.
Sesetengah pihak mungkin berkata "Ah kau, hal ini kecil berbanding penyelewengan berbillion yang dihebohkan".
Tetapi renungkanlah, seandainya perkara kecil mencabuli kedaulatan negara tidak diberi perhatian, di waktu bila perkara besarnya dapat dihalang dari berlaku?
Jika undang-undang diberi kesempatan untuk diperlekehkan, di masa bila undang-undang mahu dijunjung bagi mendakwa orang yang melakukan salah laku. Mengapa mengajar orang berpilih kasih.
Kesedaran untuk memastikan kedaulatan negara serta kemegahan-kemegahannya terjaga hendaklah bermula dengan sekecil-kecil perkara.
Pada keadaan demikian sahajalah, pemerkosaan atas kepercayaan rakyat demi kekayaan peribadi mengatasnamakan kerja untuk negara dapat dimatikan tunas-tunasnya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).