Friday, July 31, 2015

Harga RON95 Ogos hanya turun 10 sen



Penurunan harga minyak yang diukur atas keluaran paling asas kegunaan orang ramai iaitu RON95 sebanyak 10 sen tidak menepati ramalan penulis yang menjangkakan penurunan sebanyak 20 hingga 30 sen. 

Pun begitu, perlu ada penjelasan berhubung nilai penurunan ini oleh pihak berwajib memandangkan harga minyak berada paras paling rendah setakat ini sepanjang trend penurunan harga minyak yang mula berlaku dewasa ini.

Mungkin penurunan harga minyak dagangan umum untuk bulan September akan berlaku lagi walaupun ketika itu harga minyak  dunia kembali naik. 

Itu kita tidak tahu. Apapun, gunakan pendapatan negara sebaik mungkin kerana yang demikianlah orang ramai akan mempercayai pemerintah dalam memajukan negara tercinta.

5 comments:

  1. Kalau dulu harga setong minyak turun, tukaran mata wang masih tinggi dan stabil.

    Kini harga setong turun mendadak, tukaran mata wang berbanding USD telah turun dengan banyak juga. Jadi kalau buat kiraan harga purata setong dalam sebulan yang telah di 'convert' dalam ringgit malaysia tetap harga petrol tu hampir sama je. Nak turun banyak2, tunggu harga minyak turun, tukaran wang pun mesti jadi seperti dua tahun lepas. Masa tu bukan je turun 20 sen, 30 sen.. silap2 50 sen pun boleh turun..

    ReplyDelete
  2. setuju anon 11.06. Tukaran USD mmg bg kesan besar dr urusniaga petroleum.

    ReplyDelete
  3. Ye.. Kita tahu. Ada diceritaka. Dlm 2 post sb ni. Tapi kita bukan ahli kabinet. Mengharapkan orang ramai tahu mcm kita adalah tak baik. Semoga penerangan dari pemerintah akan menyusul.

    ReplyDelete
  4. dikatakan dalam pos sebelum ini, rakyat malaysia dah pandai membuat kira-kira. Tetapi yang sebetulnya rakyat malaysia kini lebih banyak beremosi dari menggunakan akal yang waras. Harga minyak naik bising, harga minyak turun pun tetap bising.

    Lain kali order tong minyak terus dari pengeluar minyak, nak pakai tuang terus dalam tangki minyak kenderaan tu... lagi jimat macam kiraan yang chegubardigol pernah buat dulu. Mungkin kalau dikira ikut si bardigol tu, harga minyak sekarang dah turun ke paras RM1 / liter.

    kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).