PAS sedia tinggalkan DAP



PETALING JAYA: PAS bersedia untuk menamatkan hubungan dengan DAP, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat.
Laporan itu berkata, ini kerana DAP mewujudkan kabinet bayangan tanpa penglibatan parti Islam yang menjadi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.
Selain itu Presiden PAS itu turut menyifatkan DAP hanya ‘cakap kosong’ dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
“Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.
“Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.
Tambahnya, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili bukan Islam di negara ini.
-mstar