Setelah berehat selama 529 hari, tanggal 22 Februari 2017, blog Ipoh Malay kembali menemui pembaca dengan nafas baharu, aliran baharu, pembawaan baharu serta kupasan-kupasan khas dalam negara dan luar negara beserta pendapat-pendapat peribadi penulis berhubung isu yang di kupas.
Sepanjang 529 hari blog ini menyepi, terlalu banyak isu semasa yang telah meniti garis masa dan telah berlaku perubahan demi perubahan ke atas corak politik tempatan yang adakalanya menghasilkan sebuah epilog politik yang ganjil, mengecewakan sesama sekutu dan menjadi sebuah mesin pengayak yang mencampur seteru dan sekutu berdasarkan saiz yang dimetaforakan sebagai matlamat masing-masing yang menyatukan puak-puak yang dahulunya bermusuhan.
Bermula 22 Februari 2017, blog ini tidak akan lagi menumpukan kepada sepak terajang politik tempatan sepenuhnya sebagai menghormati berdirinya blog ini 10 tahun yang lalu adalah secara bebas, tidak dibiayai serta mutlak menyongsong angin pemikiran penulis sendiri.
Justeru, para pembaca digalakkan berfikiran analitikal serta membenarkan wadah disemai dengan santai sebagai suapan minda yang tenang dan memuaskan kehausan sifat ingin tahu.
Komentar tidak akan dimoderasikan dan segala komen yang menyalahi undang-undang negara ini adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen dan boleh dijejak oleh pihak berkuasa sekiranya perlu.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).