Friday, February 24, 2017

Pemikiran pelik sebahagian orang Melayu berkait Korea Utara

Kelemahan utama sebahagian orang Melayu hari ini ialah terdapat ramainya golongan malas berfikir tetapi terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Komentarnya berjela-jela tetapi kosong dan basi. Pemikiran mereka melayang ke masalah negara lain sedangkan masalah dalam diri mereka tidak teratasi.

Yang ditaip berjela-jela hakikatnya hanya sekelumit isu basi dari apa yang sebenarnya telah diketahui oleh orang lain. Pemikiran mereka berkonsepkan dengar, simpan dan sebar tanpa ada kerajinan dalam menganalisa secara menyeluruh.

Apabila terjadinya pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri Presiden Korea Utara yang mentah itu di bumi orang Melayu, tiba-tiba, ramai orang Melayu sendiri yang acah-acah berpemikiran kiri, memajang wajah Kim Jong Un di profil media sosial mereka. Ini menunjukkan orang Melayu hari ini semakin tidak faham dengan dunia yang mereka huni.Mungkin juga kadar bipolar disorder di kalangan orang Melayu semakin meningkat.

Setelah mereka meraikan kebebasan menghina dengan menjadikan Perdana Menteri sendiri sebagai beg tinju, mereka tiba-tiba menjadi puak pro-Korea Utara dalam kes pembunuhan di KLIA2 tersebut. Malah ramai juga yang menggertak dengan kebimbangan serangan Korea Utara ke atas Malaysia dengan mengandaikan Malaysia sebuah negara yang lemah dan akan lunyai bila-bila masa jika dihentam Korea Utara.

Hanya kerana itu, mereka berpendapat, ada baiknya mereka memberi sokongan kepada Presiden Korea Utara yang berusia 35 tahun itu walaupun pemimpin zalim tersebut:

1. Mencuci otak rakyatnya sendiri dengan memaksa mereka mengangkatnya sebagai 'dewa' yang tidak terbantahkan.

2. Membunuh menteri-menteri sesedap kehendak hati hanya kerana mereka menjawab apabila dimarahi dan tertidur di dalam mesyuarat.

3. Membunuh bapa saudaranya sendiri sekeluarga walaupun orang tua itulah yang banyak mengajarnya mengenai dunia politik.

4. Membunuh tahanan-tahanan politik dengan menjamu mereka kepada anjing-anjing lapar dan dengan menjadikan mereka bahan eksperimen kepada racun-racun.

Ketika Melayu celaru dalam negara ini melihat pemimpin yang terlibat skandal kewangan di negara ini sebagai jijik, mereka tidak segan melihat Kim Jong Un sebagai sejenis ikon yang dikagumi.

Benarkah Korea Utara sehebat itu sehingga ramai Melayu menjadi gerun dan panik? Jika difikirkan, inilah senario ketika Jepun mula mendarat di Tanah Melayu.

Orang Melayu pada ketika itu terlalu menganggap Jepun sebagai kuasa hebat sehinggakan mereka beramai-ramai menaiki basikal bagi melihat ketibaan tentera Jepun di bandar-bandar berhampiran mereka dengan tanggapan pembebas mereka dari Inggeris. Tetapi hasilnya, basikal mereka yang dirampas dan mereka disepak ditempeleng ke tepi dan semakin selatan Jepun bergerak, semakin banyaklah basikal yang mereka dapat dari orang Melayu yang terpinga-pinga. Basikal pada waktu itu mungkin sahaja setaraf Yamaha LC  pada waktu ini. Orang Puteh pun tak pernah rampas basikal mereka.

Tidak seperti orang Thai lebih percaya kekuatan kerajaan negara mereka sendiri, cenderung mempercayai kuasa pusat, tiada sifat barua dan tali barut, mereka menjadi sukar untuk dijajah. Ini bertentangan dengan sifat sebahagian besar orang Melayu lebih cenderung menganggap orang lain lebih kuat dari mereka hanya melalui persepsi. Tetapi jika sesama Melayu, dada membidang bukan main.

Sekali lagi, benarkah Korea Utara sehebat itu sehingga ramai Melayu menjadi gerun dan panik?

Masih ingatkah serangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat ke atas Iraq setelah mendakwa Iraq membangunkan senjata nuklear? Malah Saddam Hussein juga mendakwa dia sedang membangunkan senjata pemusnah besar-besaran. Hari ini, selepas 14 tahun Iraq tumbang akibat diceroboh, mana senjata nuklear Iraq itu? Jawapannyam, tiada. Iraq juga bukan calang-calang. Mereka juga mampu membina senjata seperti Korea Utara.

Lalu dari siapa orang Melayu hari ini mendapat tahu Korea Utara memiliki senjata nuklear lalu dilihat 'sangat hebat' dalam memberi ancaman ke atas negara ini?

Tidak lain tidak bukan dari Amerika Syarikat sendiri. Pada sisi lain, orang Melayu tidak percayakan Amerika Syarikat langsung. Yahudi, iluminati, freemason dan berbagai lagi lah. Tapi dari satu sisi lain mereka percaya pula. Keliru, celaru, bipolar disorder?

Umum mengetahui Korea Utara memusuhi Korea Selatan dan Amerika Syarikat dengan meletakkan mereka sebagai musuh utamanya. Tetapi kurang yang tahu bahawa jarak lurus antara Pyongyang dan Seoul hanya kira-kira 170 km. Malah kota Seoul hanya terletak kira-kira 50 km dari sempadan Korea Utara. Kehidupan di Seoul tidak pernah dihantui ancaman serangan Korea Utara. Tiada jet-jet pejuang melintasi angkasanya.

Jarak darat ke Seoul dan Pyongyang dari sempadan.


Malah anda boleh melihat tentera-tentera Amerika Syarikat di mana-mana jika ada sesi latihan ketenteraan bersama.

Adakah dengan mengkhabarkan kepada dunia bahawa Korea Utara memiliki senjata nuklear dan merupakan ancaman, Amerika Syarikat sebenarnya bertujuan untuk dapat mengekalkan posisinya di Korea Selatan? Tidak mustahil. Lalu siapa sebenarnya agen dakyah Amerika Syarikat di negara ini?

Kemudian, bagaimanakah Korea Utara boleh mengaku memiliki senjata nuklear sekiranya sebenarnya mereka tiada kemampuan apa-apa? Tidak mustahil. Saddam Hussein dahulu juga begitu.

Malah senjata nuklear itu sendiri masih dipertikaikan kewujudannya dan dikatakan propaganda kuasa besar semata-mata. Baca di sini.

Korea Utara tidak pernah berjaya dalam kempennya. Malah sejarah membuktikan mereka tidak pernah memenangi apa-apa peperangan.

Korea Utara sebelum dihambat.


Lalu muncul pula orang Melayu yang menyebut kita seharusnya bertolak ansur apabila isu melibatkan negara besar. Sebenarnya ketololan mereka yang terlalu besar. Ini kerana Korea Utara hanya berkeluasan 120,540 km persegi dengan 24 juta penduduk. Malaysia berkeluasan 335,000 km persegi denggan 30 juta penduduk. Ya luas Korea Utara hanya kira-kira hampir dengan keluasan Sarawak.

Kemudian ada orang Melayu yang mempersoalkan mengapa wakil kedutaan Korea Utara tidak dibenarkan turut terlibat dalam proses bedah siasat tanpa mengetahui fakta bahawa King Jong Nam telah dua kali terselamat dari cubaan membunuhnya di Macau beberapa tahun lalu yang dikatakan dilakukan oleh agen Korea Utara.

Mereka jenis ini lebih suka dihujah di media sosial daripada membaca dan menggali sebab dan punca. Mereka tidak tahu bahawa rata-rata rakyat Korea Utara tiada akses informasi selain sebaran kerajaan. Mereka tidak tahu wujudnya Kim Jong Nam sebagai abang kepada Kim Jong Un yang mengikut kepercayaan tradisi, akan membuatkan kedudukan Kim Jong Un sebagai waris kepemimpinan yang sah dipertikai. Cacamerba pemerintahan beginilah yang tiba-tiba mengambil tempat di pemikiran sebilangan orang Melayu yang acah berhaluan kiri hari ini.

Semalam, China menyelar ujian peluru berpandu Korea Utara dan menggantung import arang batu dari negara tersebut. China merupakan rakan dagang terbesar Korea Utara dengan 67% dari pendapatan ekspot mereka adalah dengan China. Mungkin ada orang Melayu hari ini menyelar China kerana langkah negara tersebut?

Dalam soal undang-undang apatah lagi bersangkutan kedaulatan negara, tiada kompromi perlu dibenarkan. Kita boleh menukar pemimpin dan penegak undang-undang yang kita rasa tidak bersih. Tetapi kita tidak boleh tukar mentaliti hamba, barua, talibarut dan inferioriti pada sesetengah orang di kalangan bangsa kita sendiri. Jika berlaku perang, segmen ini adalah kudis. Jika tidak dihapuskan, ia menjadi barah, lalu kecundanglah dalam perang.

Sampah-sampah dalam negara akan terus mempertikaikan apa jua. Jika negara berlembut, mereka akan mengatakan negara ini lembik. Jika negara bertegas mereka akan mengatakan negara ini membahayakan keselamatannya sendiri. Satu sudut mereka membenci Amerika Syarikat. Satu sudut mereka mempercayai Amerika Syarikat. Satu sudut mereka menentang pemimpin zalim, satu sudut mereka menyokong pemimpin zalim. Spesis apakah ini?

9 comments:

  1. Selam,

    Syabas tuan admin.
    Menarik kupasan ini. Wajib disebarkan ke rakan2 blogger pro Krjn yg lain sebagai wadah pencerahan pd otak Melayu yg seronok dibuai Meloyakini.

    T.Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis nk tgk tv3 suku jerr kerr..khairulryezall osman pork u..kikikikikiki😜😝😜😝👅👅👅👅

      Delete
  2. Syabas...saya dah tahu dah..korea utara ni..presidennya kejam...sangat

    ReplyDelete
  3. Tak habis2 si goBLOG2 BASI-si KULI2 ZIONIS GILA BABI HOMO ni nak memBANGANGkan rakyat - sedgkan dia lebih BANGANG dr. LEMBU & punya PENAKUT sanggup menJILAT TAIK si TUAN ZIONIS; IS-rael/NATO-Barat dia!! Pernahkan KOREA UTARA menyerang. menjajah, membunuh, merogol, merompak dlm. GENOSID yg. TAK habis2 ke atas DUNIA KETIGA & di abad ini ke atas DUNIA ISLAM keseluruhannya yg. amat KAYA minyak/gas terutamanya (termasuk MENUBUHkan TERORIS Kanibal/Necrophilia IS (di mana IS diTUBUHkan MOSSAD/CIA spt. diDEDAHkan oleh Snowden); spt TUAN KEPARAT lu, si IS-rael/NATO-Barat tu?!! Lu ingat kami nak percaya FITNAH tak habis2 dr. media2 ZIONIS HARAM JADAH lu?!!

    K'jaan PERSEKUTUAN kita JANGAN terPERANGKAP dgn. PERMAINAN JIJIK si DALANG-DUA MUKA Korea Selatan-KULI rejim2 TERORIS KANIBAL/NECROPHILIA ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD/NA*O serta KULI2 TEMPATAN depa dr. puak TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP/madey anak BERANAK BANGSAT RASIS/PORNO/HOMO- utk. MELAGAkan MALAYSIA & KOREA UTARA!! Tengok bukan main BERIYA si rejim2 DAPJUBOQ BABI/PKR HOMO KURAP ni MEMUJI K'jaan kita pula - psl. isu ni! JGN terMAKAN pujian si puak TERORIS ZIONIS ni semua!

    Apalagi si PENJAJAH/PARASIT/PEMBUNUH/PEROGOL/KANIBAL/NECROPHILIA Zionis SETANyahoo bukan main sekrg. sedg. MELAWAT SingaPORK - satu lagi SEKUTU kuat IS-rael/NATO CELAKA ni - nak MERAIKan kot KEMARAAN IS-rael/NA*O utk. terus akhirnya mungkin dpt. MENJAJAH seluruh Dunia ISLAM & juga KOREA UTARA!

    Masa YAB PM Bumiputera (Indigeneous) Islam/Melayu terCINTA kita asyik diSERANG media2 Barat/ZIONIS psl. FITNAH2 1MDB termasuk oleh si rejim2 Barat/ZIONIS KEPARAT spt. rejim2 Switzerland/US yg. asyik nak mengGERTAK YAB PM kita; & juga bila si BETINA loyar KULIT HITAM LESBI BINATANG dr. US tu yg. sampai nak MEREMPOH pejabat YAB PM - mana Kem. LUAQ & juga KDN?!!!!!! Dan apa terjadi dgn. Suruhanjaya bawah KDN yg. kononnya, nak SIASAT Dana ASING dr. SOROS kpd. puak BerSHIT tu - dah terus SENYAP!!! Jadi, JGN. hanya dgn. K'jaan Bukan Barat spt. KOREA UTARA aja - nak tunjuk BERANI?!! MELUAT betul aku DRAMA JIJIK ni!

    Maka, berKERJASAMAlah dgn. KOREA UTARA dlm. SIASATAN pembunuhan tersebut; kerana Korea Utara ada HAK; sbb diTUDUH pelbagai FITNAH sekrg; kerana Korea Utara spt. PAKISTAN - amat diBENCI si puak PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROGOL/PEMBUNUH Zionis IS-rael/NATO sbb. PAKISTAN/KOREA UTARA ada SENJATA NUKLEAR (sbb. tu Pakistan makin asyik diSERANG Teroris Kanibal IS yg. diTUBUHkan CIA/MOSSAD spt. diDEDAHkan oleh bekas Ejen CIA/NSA, Snowden); kerana IS-rael/Barat mahu pastikan hanya depa memiliki SENJATA NUKLEAR dlm SATU K‘jaan Dunia ZIONIS/SATU Dunia Baru ZIONIS (ZIONIST New World Order - ZNWO) depa!!

    Tok Landak.

    Nota: SIASAT habis2an tentang anggota POLIS yg. dituduh MEMUKUL anak lelaki suspek dr. KOREA UTARA tu – ini BUKAN perkara REMEH; kerana mungkin menCETUSkan KETEGANGAN berterusan yg. amat TAK berfaedah ini antara MALAYSIA & KOREA UTARA! Maukah rakyat Malaysia kita diKASARI mcm. tu oleh POLIS mana2 negara?!!!!!

    Dan JGN. lupa - ejen2 PENYAMAQ dr. KOREA SELATAN bersama TUAN dia, IS-rael/NATO pun disyaki ada kat KOREA UTARA atau di mana sj; utk. mengGULINGkan K'jaan KOREA UTARA dan menghapuskan SENJATA NUKLEARnya!

    ReplyDelete
  4. & lagi , si goBLOG-spesis PENJAJAH PARASIT/LANUN DAPBANGKAI BABI; mempelajari RAHSIA kekuatan KETENTERAAN US/Barat bukan bermakna nak jadi KULI depa! Itulah yg. IS_rael buat; & sekrg. DUNIA ISLAM pun dah sedaq! Be SMART but don't be a FOOL, uHOMO!

    Tok Landak.

    ReplyDelete
  5. Tok Landak kalo nak keji orang lain tali barut yahudi jangan nampak sangat diri tu penyokong negara gila. Dah bau tanah pun bodoh.

    ReplyDelete
  6. Pernahkan KOREA UTARA menyerang. menjajah, membunuh, merogol, merompak dlm. GENOSID yg. TAK habis2 ke atas DUNIA KETIGA & di abad ini ke atas DUNIA ISLAM keseluruhannya; yg. KESEMUAnya amat KAYA minyak/gas terutamanya - spt TUAN KEPARAT lu, si rejim2 ZIONIS IS-rael/NATO-Barat tu (termasuk MENUBUHkan TERORIS HOMO Kanibal/Necrophilia IS - di mana IS diTUBUHkan MOSSAD/CIA spt. diDEDAHkan oleh Snowden - utk. MATLAMAT akhirnya, iatu utk. MENAKLUK seluruh LIMA Lautan utama Dunia, termasuk LAUTAN HINDI/LAUTAN PASIFIK yg. masih belum diTEROKAI berBILLION minyak-gas LAUT DALAM depa; di samping mengHANCURkan Islam/umatnya yg. amat ANTI-ZIONIS/IS-rael)?!!

    JAWAB, si goBLOG SAMPAH HANYIR JIJIK & geng dia -si spesis puak HOMO DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP-PENJILAT JUBOQ BABI Zionis IS-rael/NATO lu OI!

    Tok Landak.

    ReplyDelete
  7. Semoga bermanafaat.

    Watch "Does GOD Permit Critical Thinking? - Nouman Ali Khan - Animated" on YouTube
    https://youtu.be/xmIywVyWglE

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).