Saturday, August 05, 2017

Hutang Negara : Cita-cita Mahathir yang gagal dan pengetahuan rakyat yang dangkal

Mahathir Mohamad semasa membentang Bajet 2003 menzahirkan cita-cita menuju laluan Luxembourg dan Switzerland dan mempelajari bagaimana Malaysia  patut mencontohi KDNK per kapita kira-kira USD 40,000 yang dicapai dua negara tersebut.


Hari ini dia mengepalai pembangkang yang kempen utamanya mempertikaikan hutang negara dan memomokkan masa depan keberhutangan yang mengakibatkan kesan buruk generasi depan bla bla bla.

Dia juga tidak mungkin secara jujurnya mendedahkan kaitan cita-citanya dengan indeks keberhutangan global. Kerana Luxembourg kesayangannya jika mempunyai rakyat setenging pendedak, sudah tentu luluh lantak dironjang rakyatnya. 


Mula-mula kita tinjau negara tercinta. Hutang kerajaan Malaysia berada pada kadar 53% dan apabila dicampur hutang swasta, hutang luaran negara disebut berada pada kadar 75% atau kira-kira RM900 billion.

Inilah mainan pembangkang yang pada pada fikiran mereka, rakyat negara ini bodoh. Maka berjayalah mereka mengutip orang-orang begitu menjadi batang pisang Hang Nadim.


Lihat Luxembourg kesayangan Mahathir. Dengan hutang negara mereka pada kadar $6,733,000 per kepala penduduk dan 6731% dari GDP, adakah kita perlu contohi Luxembourg? Sejujur mana Mahathir untuk menyebut jangan percayakan saya?


Bagaimana pula dengan Switzerland. Adakah rakyatnya kecoh? Tidak. Kerana mereka bukan pendedak di negara ini yang kerap dijolok panggilan 'zombie'.


Nah, bagaimana dengan Singapore yang dibangga-bangga terutamanya hampir semua etnik Cina di negara ini.



No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).