Harga minyak paling murah di pam naik 5 sen bagi harga sepanjang minggu hadapan untuk RON95 kepada RM2.12 seliter. Bagi RON97 harga mingguan mulai hari ini ialah RM2.39. Kenaikan ini berikutan naiknya harga minyak mentah dunia sebanyak USD0.90 kepada USD52.20 sepanjang seminggu lalu.
Tetapi keterencatan masyarakat ahli fitnah wal jamaah, membuatkan mereka tidak mampu berfikir bagaimana harga tersebut diperoleh bagi petrol tanpa subsidi sedangkan ketika ia disubsidi di zaman penternakan Melayu subsidi, tongkat, mudah lupa dan penuh dilema pada tanggapan seorang pemimpin yang berjaya menguncupkan daya fikir anak bangsa, harga RON97 di pam adalah RM1.33 ketika harga minyak mentah berlegar di bawah USD25 setong dan katakan pada tahun 2002, harga minyak mentah adalah USD21.80 setong.
Subsidi apakah ini? Billionan wang untuk subsidi minyak yang diwawarkan adakah dulu benar-benar digunakan untuk subsidi minyak?
Bukan bermaksud memuji memuja mantan PM identikal dengan Menara Petronas ini secara melulu di waktu lalu. Hanya perbandingan yang merogol minda sahaja belum terkuak.
Hari ini, di sebalik gaya pekik Najib yang dibenci ramai Melayu dan gaya bersahaja Mahathir yang dipuja ramai Melayu, yang membongak dan menjulang menyanyi pencapaiannya hanya Mahathir walaupun mengurus sebuah warung.
Najib yang kini mengurus restoran yang diubah dari warung peninggalan Mahathir, belum dilihat mengklaim kemakmuran hari ini adalah hasil tangannya kerana seperti Mahathir, mereka sendiri bergantung para penasihat ekonomi bagi memastikan denyut nadi ekonomi negara tidak menjejaskan kuasa beli para rakyat yang rajin dan mempunyai iman yang baik.
Jadi, antara persoalan yang menanti giliran untuk dijawab ialah, bagaimana harga minyak subsidi di zaman Mahathir adalah lebih mahal dari minyak zaman harga apungan pasaran. Subsidi kepala Sadiq apa?
Kena ingat. Masa tu petronas tak banyak keluarkan duit utk operation & maintenance. Hanya selepas tun bersara..tiba2 industri minyak rancak..petronas melabur dlm pelbagai sektor..ada yg untung..ada yg marginal dan ada yg rugi..contohnya..pada tahun 2005..siapa ganti mhs? Brp yg di bayar? Bukankah semua ini membazir..jgn salahkan brent crude zaman 2002 dan zaman 2017. Anda kena berfakta memberi maklumat. Zaman tun tukaran usd kepada ringgit berapa? Zaman najib brp?
ReplyDeleteJgn memperlekehkan subsidi tun bagi. Anda jgk menikmatinya.
Sekarang ni tiada subsidi..kami amat terasa. Jgn salahkan tun..tapi salahkan diri sendiri.