Saturday, August 12, 2017

Pakar ekonomi PH sebut 2020 gagal capai sasaran

Mengimbas kenyataan pakar ekonomi AMANAH , Dr. Dzulkefly yang membawa isu mentah untuk dijaja sebagai dedak cap bumbung tajam, jelas sekali beliau hanya mendedahkan satu sisi dan menyorok satu sisi lagi.


Menurut beliau, statistik menunjukkan negara tidak akan mampu mencapai tahap KDNK USD15,000 per kapita pada tahun 2020. Ringgitnya 64,500. 

Pada sisi lainnya, jurucakap PAN ini tidak menceritakan bahawa semasa Wawasan 2020 di lancarkan, nilai tukaran ringgit ke dollar ialah RM2.60. 

Bermakna sekiranya USD15,000 sasaran itu dibuat pada satu zaman yang tiada siapa mempunyai kebolehan melihat hari ini dari hari itu, nilai ringgitnya ialah RM39,000.

Setakat 2016, GDP per kapita Malaysia adalah USD11,028 atau lebih RM47,000. Angka RM39,000 itu sudah lama berlalu.


Lebih meluat, sikap pembangkang yang mengurang-ngurangkan nilai sebenar dengan niat memperlihatkan keadaan yang lebih buruk kununnya.


Apa perlu pertumbuhan tak masuk akal sekiranya kerajaan dilihat mampu menaikkan nilai ringgit perlahan-lahan jika semua instrumen kewangan dan perdagangan telah bersedia jika berkeperluan.

Dengan pertumbuhan seperti hari ini GDP per kapita dalam nilai ringgit akan mencecah RM55,000 pada tahun 2020 dan sekiranya ringgit mengukuh ke RM3.67, nilai USD15,000 tahun sebenar bagi GDP per kapita tercapai tiba-tiba.

Indikasi bandingan negara membuatkan  nilai ekonomi sesebuah negara ditukar kepada USD. Tetapi kita tidak menggunakan USD dalam berbelanja di negara ini.

Justeru jika menggunakan GDP sebagai senjata politik domestik, gunalah angka dalam nilai Ringgit kerana di situlah kira-kira pertumbuhan ekonomi mengambil tempat.

2 comments:

  1. Semua org tahu wawasan 2020 tak capai..

    ReplyDelete
  2. Sebab wawasan si tua bodoh yg tak sediakan instrumen mencukupi. Jadi PM masa USD Ringgit RM2.10. Pencen PM masa USD Ringgit 3.80. Itu pun tambat. The whole Mahathir yang gagal. Dedak dia campur babi. Sebab tu sedap di mata pendedak setia tanpa asas.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).