Bagaimanakah Pakatan Harapan dipercayai mampu memerintah negara sedangkan mereka tidak mampu memegang prinsip yang mereka banggakan selama ini?
Selama 8 tahun, perikatan DAP, PKR dan PAS mendabik dada bahawa UMNO, MCA, MIC, tiga parti yang berasaskan kaum tertentu sebagai tidak relevan dan ditolak rakyat.
Ketika itu, Pakatan Rakyat lebih dihormati dan dikagumi kerana mempunyai prinsip tersendiri yang tidak mampu diulas oleh perikatan Barisan Nasional.
Tetapi sayang, kata orang, jangan puji dulu. Tengok dulu bagaimana. Benar. Prestij pembangkang musnah apabila kesepakatan mereka menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai komponen dengan melantik kepala parti serpihan UMNO tersebut iaitu Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan, pakatan terbaru mereka selepas Pakatan Rakyat runtuh jua akhirnya.
Ini kerana parti baru ini adalah parti khusus kepada Bumiputra dan tidak terbuka kepada kaum bukan Bumiputra.
Lebih kelakar, pengerusi parti tersebut yang menjadi asas kebangkitan gerakan pembangkang satu ketika dahulu, kini dijadikan kepala.
Ketika usaha-usaha pihak tertentu dalam kerajaan pemerintah pada masa lalu kelam kabut mencari formula bagi melawan kelebihan Pakatan Rakyat yang tidak dianggotai parti berasaskan kaum, gerombolan tua dalam pembangkang menerima semula konsep parti berasaskan kaum kerana desakan tersendiri.
Tinjauan Menunjukkan Parti Berasaskan Kaum Semakin Tidak Relevan
Details
Published on Monday, 16 March 2015 11:21
Tinjauan ditaja The Malaysian Insider mendapati, retorik kaum yang digunakan parti-parti ini tidak konsisten dengan apa dimahukan rakyat Malaysia. Sebanyak 76.9% daripada responden mengatakan mereka lebih berminat dengan parti yang inklusif kepada semua berbanding menumpukan hanya kepada komuniti mereka.
Tinjauan dilakukan Merdeka Center itu mendapati pengundi yang mahukan ini terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan kepercayaan politik.
Jika dilihat daripada pecahan etnik, 67.5% Melayu, 91.4% Cina dan 89.2% India yang ditinjau mengatakan mereka lebih menyukai parti yang menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia. - Bacaan Lanjut
Pada tahun 2011 artikel ini disiar di lidah rasmi DAP, Roket Kini.
Parti berasaskan kaum di dalam perikatan pemerintah hanya akan terus relevan sekiranya setiap kaum di bumi Malaysia ini saling meragui antara satu sama lain. Dengan cara itu saja mereka dapat terus menjadi hero. Perjuangan PR pula memerlukan semua rakyat mengetepikan perbezaan kaum dan berjuang atas prinsip mulia yang dipersetujui semua.
Kita mungkin tidak dapat memulihkan barah perkauman di Malaysia dalam tempoh satu hari. Tetapi antara jalan yang boleh kita ambil adalah dengan melepaskan kekuasaan daripada tangan mereka yang masih tersekat dengan corak pemikiran perkauman yang sudah ketinggalan zaman. Demi Malaysia yang lebih baik, apakah kita mahu perikatan Barisan Nasional (BN) yang akan terus bermain dengan isu kaum atau PR yang memperjuangkan kebaikan bersama?-roketkini.com - Bacaan Lanjut
Malah, pada bulan Mac lalu, pemimpin PAN ini menolak cadangan menjadikan Cap Bunga Raya sebagai teras pakatan pembangkang yang baharu.
'Tak perlu ada parti berteraskan Melayu ketuai PH'
Pada 26-03-2017 02:03 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk mengetuai Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat, demikian pendapat beberapa pemimpin dalam PH.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, sebagaimana gabungan pembangkang terdahulu, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), PH meletakkan perjuangan menegakkan demokrasi berlandaskan perlembagaan negara, bukan berasaskan kaum.
"Kita tak pernah timbulkan langsung bahawa ada satu kaum yang harus menjadi teras di dalam pakatan tersebut.
"Kita sudah tidak menjadikan bangsa atau kaum sebagai teras gabungan politik. Kita melihat kesatuan semua, selagi berlandaskan perlembagaan, kita anggap itu jalan terbaik.
"Keluar dari formula lama Perikatan yang meletakkan Umno sebagai parti teras di mana yang lain perlu mengikutnya," katanya ketika dihubungi Antarapos. - Bacaan Lanjut
Hari ini tiada apa lagi kelebihan pembangkang yang boleh dibanggakan. Mereka telah diperkosa oleh sebuah parti mentah yang baru didaftarkan beberapa bulan lalu, malah belum pernah lagi mengadakan pemilihan parti. DAP dan PKR yang mengambil langkah terkebelakang dalam keterpaksaan ini telah mengejutkan banyak pihak.
Pembangkang yang disangka kuat, digeruni dan kukuh ini rupa-rupanya bagaikan pelacur yang menggadai maruah demi kelangsungan hidup, rela diperkosa prinsip dan kekuatan yang menjadi kebanggaan mereka dan menyerlahkan bahawa mereka sedar mereka adalah lemah.
Sebenarnya PAS lah merupakan parti terkuat Pakatan Rakyat terdahulu. Setelah PAS tiada, kegelisahan mereka memuncak hingga mereka merasakan Mahathir mempunyai aura pengganti PAS.
Tetapi mereka lupa, rombakan prinsip pemimpin pembangkang dan Mahathir demi menjatuhkan Najib sedikit sebanyak membuatkan rakyat menjadi terkedu dan meluat.
Jika sebelum PRU13 dahulu pembangkang memenangi penguasaan media sosial tetapi mereka tetap kalah di lapangan dan hari ini, pakatan pembangkang yang bagaikan sarkas ini nampaknya mendapat tentangan sengit dari penyokong parti lawan di media sosial dan kecemerlangan mereka pra PRU13 dahulu tidak mampu lagi dipertahankan. Sifir ini menghadirkan bayangan jawapan pada PRU14 yang nampaknya mula kelihatan.
Tiada siapa mahu diperintah oleh golongan tidak berprinsip, mengubah dasar perjuangan tiba-tiba, mengenepikan pandangan ahli-ahli demi kuasa dan peluang mengatur wang dan kuasa dan tentu sekali puak yang berpura-pura baik sesama sendiri, memperbodohkan ahli, menipu khalayak dan memaksa fitnah diterima sebagai fakta.
"Lawan tetap lawan" mereka kini diubah kepada "Lawan sampai U-Turn". Formulasi pakatan pembangkang mereka berganti-ganti tanpa langsung mendapatkan restu akar umbi.
Keghairahan mereka memiliki Mahathir sebagai kuda tua terbaik membuatkan mereka tidak nampak bahawa inilah permuafakatan paling menjengkelkan pernah wujud dalam politik tanah air sejak merdeka.
Keghairahan mereka memiliki Mahathir sebagai kuda tua terbaik membuatkan mereka tidak nampak bahawa inilah permuafakatan paling menjengkelkan pernah wujud dalam politik tanah air sejak merdeka.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).