Mahathir bergelumang billionan wang tatkala ramai rakyat masih menggunakan minyak tanah, malah ikan kembung yang sekati RM1.80 pun dipatah dua bagi menjamu anak-anak makan tengahari.
Sesenang mana zaman Mahathir? Ironik sekali, tanggapan tersebut datang dari golongan berumur 30an yang mana pada zaman Mahathir, mereka masih sekolah! Syed Sadiq masih pakai lampin.
Penagih dedak cap Bunga Raya sering menyebut zaman Mahathir segalanya murah dan kos sara hidup tak tinggi. Begitulah juga mereka yang membenci rejim Soeharto. Segalanya murah dan mampu dibeli. Namun untung sahaja Mahathir tidak memerintah Indonesia. Jika tidak nescaya berulang alik lah beliau hari ini antara hospital dan mahkamah dengan semua anak-anaknya tidak diterima di mana-mana parti politik bimbang membawa sial.
Mereka ini terlalu bodoh untuk sedar bahawa ketika 'kos sara hidup tidak seteruk hari ini', ibu bapa mereka melaluinya dengan konsep mengukur baju di badan sendiri. Rata-rata hanya pakai motor, hanya membeli kediaman kos rendah, bergerak ke sana ke mari antarabandar hanya menggunakan bas dan keretapi. Malah untuk mengganti langsir pun hanya pada hari raya. Kusyen dibeli tahun 1978 dipakai sampai 1998. Mereka tiada kad kredit yang menagih timbunan perbelanjaan yang belum dibayar bulan demi bulan.
Hari ini, adakah cara hidup mereka masih seperti ibu bapa mereka dahulu? Jika masih, dan terasa segalanya mahal dan tak mampu, memanglah benar ada yang tak kena. Malangnya, gaya hidup mereka telah terlajak dari apa yang mereka mampu.
Jika dilihat perbandingan harga segantang beras (2.8 kg) pada tahun 1990 bersamaan RM 3.60 dan gaji mula seorang penjawat awam lulusan SPM pula ialah RM530. Hari ini harga 2.8 kg beras ialah RM7.30 iaitu kenaikan sebanyak dua kali ganda. Gaji mula seorang penjawat awam lulusan SPM pula ialah RM1352. Hampir RM300 lebih makmur dari zaman Mahathir.
Itu baru kisah beras. Belum kisah bandingan liter per gaji di atas bagi kemampuan membeli petrol RM1.10 pada tahun 1990 dan RM2.07 pada hari ini. kalau tak mampu, jangan pakai kereta. Pakai bas. Biar nampak selekeh, asalkan esok nak gaji, harini masih boleh makan sedap-sedap.
Jadi apa yang membuatkan keluhan kos sara hidup tinggi ini dilaung-laung hari ini? Tentu sekali gaya hidup taknak kalah, taknak jatuh, orang ada aku nak ada juga, orang-orang zaman sekarang. Amatlah bodoh apabila kegagalan diri sendiri mengurus kewangan dialihkan ke bahu pemerintah kerana pada akhirnya, kepapaan itu akan berlanjutan sampai keturunan seterusnya kerana mana-mana kerajaan memerintah sekalipun tanpa mengira parti, akan tetap menongkah inflasi yang telah wujud sejak zaman kolonial lagi.
Jeritlah lagi, launglah lagi soal sara hidup tinggi. Apa yang terzahir hanyalah pandangan sinis betapa lemahnya anda mengurus ekonomi sendiri. Jadi mengapa bagaikan pakar sibuk nak mengurus ekonomi negara. Sibuk nak jadi burung kakak tua lanun di tengah samudera. Mengulang-ulang hebahan para dewa tanpa faham apa-apa.
Tetapi hakikat yang pasti, selagi rakyat tidak sedar bahawa mereka sebenarnya disempitkan oleh gaya hidup berlebihan akibat perbuatan mereka sendiri yakni berbelanja berlebihan dari kuasa beli, selagi itulah mereka akan berdiri di garis kepapaan. Jika kesempitan sara hidup bagaikan gejolak nafsu serakah, menyalahkan kerajaan memerintah adalah satu bentuk lancapan bagi mencapai kepuasan semu semata-mata, kerana esoknya gejolak nafsu kembali memohon dipuaskan.
Dengan inflasi menunjukkan RM6.00 hari ini bersamaan RM2.50 pada tahun 1994, adakah orang bergaji RM1,000 (RM2,400 nilai hari ini) pada waktu itu sanggup membeli Frapucino yang berharga RM7.90 (RM19.00 nilai hari ini)?
Perbandingan bodoh..lepas tu kerajaan sempitkan lg dgn mcm2 cukai gst
ReplyDeleteItu je kepandaian ko? Haha. Meleis bangang. Hasil mak abah buat anak ikut dan.
ReplyDelete'mcm-mcm cukai gst' je dah menampakkan tahap akademik ko. mmg hidup tujuan utama langgar pendapat orang tanpa kira2 ye. Eh sila meninggal
ReplyDeleteYer..admin...kita kalau tak berduit buat cara tak berduit..mcm saya tak suka guna kad kredit cuma guna duit cash...so bila berduit baru boleh belanja kalau tak duduk diam2... So hutang tak ada..tak pening kepala...
ReplyDeleteBetul ckap admin,ayah aku dlu seorg anggota polis,gaji zaman mahathir terlalu rendah,ramai yg terlibat dgn rasuah penjawat awam
ReplyDelete