Friday, June 01, 2012

Rosmah Mansor & Winnie Mandela


Bukanlah nak menjadi pemusnah masjid orang. Tetapi apa yang teman rasakan dan pernah sebut-sebutkan sebelum ini dan dari mulut ramai orang lagi, jika Najib berpisah dengan Rosmah atas nama rakyat keseluruhannya , kemenangan besar menanti BN. Rupa-rupanya hal ini disebutkan dalam posting blog Paneh Miang hari ini :

Friday, June 1, 2012
Cerai Talak Satu Rosmah

Nelson Mandela dek kerana tekanan rakyat dan tekanan dalaman, terpaksa menceraikan isterinya yang begitu galak melangsaikan wang ringgit hingga juling matanya apabila shopping tak ingat dunia. Gelagat jelek ini nampaknya diwarisi oleh beberapa orang isteri Presiden dan Perdana Menteri negara-negara tertentu.

Wahai Ah Jib Gor, kok dogil bonar Rosmah Mansor yang tak apik cakap orang, angkuh dan tak taat dengan teguran Nenda Hajah Rahah, mako ado baiklah ditalak satukan. Mungkin monang bosar BN dalam PRU-13 nie.

Nak nentukan tarikh PRU-13, tak payah menurun lamo bonar. Kok dah baco 28 September bontang Bajet 2013, Pak Sedaro cadangkan waktu yang sesuai ialah sebelum masuk tahun baru 2013.

Peminat Rosmah pasti melonting dongan cadangan Pak Sedaro ni, Tapi dalam hati ramai orang yang diam, agak eh setuju yor...

Bukanlah nak ngata, kalau aunty Rosmah pejam mata sebelum tidur dan fikirkan kembali liabiliti yang ditaruk di atas bahu uncle Najib selama ini, bukankah betul telahan masyarakat seperti blog ini dan blog-blog lain khususnya, masyarakat amnya. Maka dengan itu, dengarlah, dan berhati hatilah. Kepentingan anak bini tidak pernah dibolehkan melebihi kepentingan rakyat bagi seorang pemimpin nombor satu negara.

1 comment:

Anonymous said...

tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dgn blog tuan ini. tq