Sunday, January 20, 2013

Selatan Johor Dilanda Banjir


Akibat hujan tanpa henti selama lebih 12 jam, kawasan selatan Johor telah dilanda banjir. Berikutan itu lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan. Tidak dipastikan sama ada perubahan hidrologi kesan dari kerja-kerja menambak oleh Singapura sekali lagi menjadi punca kepada masalah ini.


Banjir di Johor, 1,318 mangsa dipindahkan


Banjir di Johor, 1,318 mangsa dipindahkan








KUALA LUMPUR: Setelah Kelantan, Pahang dan Terengganu, kini Johor pula dilanda banjir. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat 11.30 pagi tadi bilangan mangsa banjir adalah seramai 1,318 orang. Mereka dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu, Kampung Baru Sungai Mas di Penawar, Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan Kota Tinggi iaitu Dewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia manakala satu di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Johor Bahru.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan penduduk sekitar Batu Pahat agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.63 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan.

Berita mula diterbitkan pada: Januari 20, 2013 15:07 (MYT) Astro Awani

No comments: