Thursday, December 25, 2008

Berpeganglah Pada Tali Allah !

Dah tak boleh tu tak boleh lah. Demer gagahkan jugak. Tak ada keserasian tu dah memang jelas. Jangan la nak cerita tentang siapa lead siapa.

Dalam Islam, mewujudkan satu bentuk kepimpinan itu wajib. Jika berpakat kerana hendak membuat satu bentuk pemerintahan, perlulah ada yang memimpin dan yang dipimpin.

Bukan nak menghentam, tapi nak mengajar. Sekadar pelajaran penting untuk semua yang beragama Islam dan mereka yang menyokong corak kepimpinan Islam. Terutamanya golongan yang diperlukan seperti mereka-mereka yang arif dalam bidang agama. Mereka ini perlu diselamatkan dari terjerumus ke dalam mahzab politik acuan penentang Islam.

Semua orang tahu, fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk apa jua. Contoh terbaik ialah kewujudan golongan yang bermuka plastik. Di mulut menyokong Islam tapi di hati mahu mempunahkan Islam. Justeru mereka memasang strategi.

PAS terpaksa bergantung kepada Anwar Ibrahim. DAP juga terpaksa berpura-pura bergantung kepada Anwar. Jika Anwar memberi komen yang Islamik dan menentang aspirasi mereka, DAP telah lama bersedia dan tidak pedulikan tentang Pakatan Rakyat.

Harapan DAP kepada Pakatan Rakyat hakikatnya semata-mata untuk menguasai bumi Perak. Tempat kebanyakan pendatang China mendarat kira-kira 100 tahun lalu.

Dengan berkonsepkan pakatan tidak berketua ( walaupun telah jelas, Anwar kepalanya ), ianya merupakan sesuatu yang bercanggah dengan corak kepimpinan Islam.

Jangankan bicara untuk membicarakan soal undang-undang Syariah, nak sebut tentang tambahan masjid dan sekolah agama pun tak akan berani. Kalau sekadar memegang pemerintahan negeri, sudah tentu boleh. Bukankah sedemikian ia seperti Red Indian dapat senapang.

Fikirkan, Kedah yang mutlak diperintah PAS, tidak membawa apa-apa perubahan drastik ke atas pentadbiran Kedah. Ini kerana mereka mewarisi sistem penyampaian terdahulu yang memang memberi faedah kepada kaum majoriti. Contoh tertua boleh dilihat di Kelantan.

Retorik politik Islam yang dibawa sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam sistem penyampaian mereka kecuali model bertudung di bilboard.

Tetapi di Perak, kontroversi tak akan sudah melanda. Kaum majoriti berasa terpinggir dengan dasar-dasar baru yang tidak bersifat nasional. Mengapa kerajaan Perak seberani tu? Bukan sebab mereka lebih terbuka. Ianya adalah sebab untuk golongan sosialis Cina memungut kesempatan sebelum tumbangnya mereka nanti. Lima tahun yang terbentang untuk mereka. PAS memberi jalan.

Bukankah bersatu sesama Melayu Islam lebih baik? Yang salah diperbetulkan. Bukan dihina dilukis rupa-rupa ciptaan Allah itu dengan wajah-wajah buruk. Jika dikeluarkan fatwa berhubung perkara inipun mereka nescaya masih berkobar-kobar untuk memburukkan muka manusia. Ini merupakan manifestasi kebencian paling terhina. Ada di dalam PAS.

PAS mungkin merasa mereka tak mampu. Perasaan ini datang sebelum mereka mencuba apa-apa. Dan mereka terus berpegang pada tali Dajal. Yang menggalakkan murtad dan penggunaan ALLAH sebagai nama tuhan Kristian di luar tanah Arab.

Mereka gagal mentafsir apa-apa mengenai sejarah kependudukan yang menentukan survival. Mereka menggunakan Islam sebagai pakaian untuk mereka merebut cita-cita politik. Ikhwanul Muslimin hanyalah sesama mereka. Secara simboliknya, mereka masih mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong mereka.

Apakah 'ganjaran' untuk orang yang memfitnah? Dan apakah ganjaran untuk orang yang menyeru perpaduan Islam? Anda dapat menilai, yang mana satu PAS kejar.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kalau Pas dah bersekongkol dengan Dap kat Perak nak beri tanah 999 tahun pada cina itu bagus ke?

    ReplyDelete
  2. itulah lekir... apa lagi cara pun taktaulah nak kata... lagi militan ade la akar umbi dia... macam taliban ngan fidel castro kongsi kuasa..

    pelik tak?

    ReplyDelete
  3. Pelik.

    IPOHMALAY,Pas kata bekerjasama dengan Dap itu adalah cara mereka berdakwah kepada Dap

    ReplyDelete
  4. Berdakwah dengan meninggalkan penyatuan.. menunjukkan penentangan... dan pengundi Cina masih ada MCA untuk mereka lompat sekiranya DAP tunduk kepada PAS..

    Kalau DAP berkata baik mengenai PAS pada telinga pengundi mereka... dakwah pas berjaya... tapi tuan tahukah apa yang mereka perkata???

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).