Sunday, December 28, 2008

DAP Gambarkan PAS Sebagai Israel

Saya bukan nak menghentam. Tapi jika komen saya dikira sebagai hentaman, itu adalah lebih baik buat mereka kerana ia menunjukkan mesej saya sampai kepada mereka dan mereka akan menganggap kebenaran adalah hentaman yang perlu ditakuti.

Kali ini, saya hendak mengupas satu perkara sahaja. Hubungan intim PAS dengan DAP dan hubungan PENUH RASA TIDAK PERCAYA pihak DAP terhadap PAS yang saya peroleh dari blog DAP Malaysia berhubung kenyataan media Lim Guan Eng pada 15 Januari 2008 yakni lebih 2 bulan sebelum PRU 2008 Mac lalu.

Dalam kenyataan Guan Eng, dia mengkritik Gerakan (sebuah parti pembawa onar) dengan mengatakan DAP bersekongkol dengan PAS bagi menakutkan orang Cina dengan maksud persepakatan dengan orang Islam dari Parti Islam perlu ditakuti.

Dalam siaran ini yang pastinya ditujukan kepada pengundi Cina, Guan Eng menyebut bahawa :
DAP is not surprised that Lim and the entire Gerakan leadership is trying to “fry again the stale cold rice” by alleging DAP’s co-operation with PAS through PKR, even though no such co-operation exists. If Gerakan’s perverse logic holds true, then Malaysia is a close friend and ally of Israel through United States because using Gerakan’s logic, Malaysia has good relations with US whilst US is the main patron and supporter of Israel.

Ini bermakna, Guan Eng menyamakan PAS dengan Israel secara halus. Jika itu belum cukup, bacalah seluruh perenggan itu dan fahami maksudnya. Pemahaman paling cetek pun boleh memberi makna bahawa DAP berpendirian bahawa PAS adalah Israel yang tidak boleh dipercayai, ditangani secara berhati-hati, zalim dan 'tidak boleh ada hubungan diplomatik'.

Kononnya mereka adalah Malaysia, PKR adalah USA (mungkin sebab kebergantungan untuk survival) dan PAS adalah Israel. Perbandingan ini jelas membawa MAKSUD SEBENAR di dalam hati pimpinan DAP berhubung perkara ini. Jika DAP menganggap diri mereka Malaysia dan PAS adalah Israel, mereka boleh berbangga kerana mereka berjaya mengawal 'Israel' di negeri Perak padahal dalam dunia sebenar, Israel adalah negara liar yang buas dan tidak mungkin dapat dikawal.

Orang Cina yang celik fikiran akan mengerti kebenaran DAP bila memperkatakan tentang rektorik integriti dan kesaksamaan. Golongan Cina yang bodoh pula akan menutup mata tentang kecelaruan DAP dalam mengulas 'rumahtangganya' dalam Pakatan Rakyat. Tetapi orang Cina tiada yang bodoh. Ramai yang pandai terutamanya berhubung 'kepura-puraan' memberi sokongan demi survival bangsa dan memperkasakan suara untuk kuasa membuat tuntutan.

Tetapi orang Islam rata-rata GEMARKAN perpecahan. Sedangkan golongan 'paling alim dan pandai' pun menggalakkan perpecahan, apatah lagi lebai jalanan yang hidupnya di surau dan kedai kopi. Meninggalkan salah satu tuntutan agama boleh dianggap meninggalkan semua. Meninggalkan solat Subuh tidak dikira menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam.

Kini, berbanggalah mereka kerana parti Cina yang mereka sayang selama ini membayangkan mereka sebagai Israel. Mengapa disuruh berbangga? Kerana mereka sendiri telah 9 bulan merestui kata-kata DAP dalam semua perkara sedangkan pada mata DAP, mereka adalah 'Israel' yang telah dapat dikawal.

4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Salam Maal Hijrah 1430.
    Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
    Insya Allah.

    Salam perjuangan
    Taminsari

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam Taminsari..

    semoga 1430 , Allah memberikan ilham kepada kemelut orang ISlam negara ini...

    teruskan berblog.. dan teruskan menulis di ruangan akhbar :)

    ReplyDelete
  3. Janganlah anda menyebarkan fitnah. Adakah anda betul2 faham apa yang dikatakan dalam kenyataan akhbar tersebut kerana analisa anda jauh menyimpang dari isi sebenar? Kalau tak faham jangan berlagak faham, nanti orang kata bodoh sombong pula.

    Saya bukanlah penyokong DAP. Tapi kalau nak dibandingkan Kheng Yaik yang pernah minta pelajaran agama Islam dihapuskan di sekolah2 dengan Guan Eng yang tiba2 naikkan elaun guru2 sekolah agama, entahlah. Mungkin Ipohmalay nampak kheng yaik lebih baik dari guan eng, sebab itulah analisanya boleh lari dari tajuk.

    ReplyDelete
  4. saya tak sokong keng yaik... jangan serkap jarang...

    tapi fikirkanlah..

    lingering in state of denial too much will done nothing good to urself

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).