Wednesday, January 28, 2009

Makanan Old Town White Coffee Tidak Halal

Anda selalu melepak coffee house? Kemudian terikut-ikut gaya lepak kopitiam? Anda wajar fikirkan kembali. Old Town White Coffee dalam lamanwebnya menyenaraikan semua sijil yang diperolehinya termasuk sekeping sijil pengesahan halal oleh Majlis Agama Islam Perak untuk White Cafe Sdn. Bhd. pada produk KOPI, TEH DAN SERBUK MOCCHA SAHAJA.

Sijil tersebut hanya laku pada Kopi Putih Pekan Lama yang berasal dari Pekan Lama di Ipoh. Selain dari itu, TIADA SIJIL HALAL dikeluarkan untuk pemasaran makanan yang tersedia di situ. Anda boleh mencarinya jika ada.




Namun dengan sekeping sijil tu, pihak OTWC telah menggunakannya pada lamanwebnya tetapi jelas menyatakan bahawa sijil tersebut adalah untuk hidangan minumannya. Siapa yang sanggup rugi dengan mengatakan "tiada sijil halal dikeluarkan untuk makanan kami"?

Adakah hanya dengan meletak tanda NO PORK & LARD ( Tiada daging babi dan lemak babi ), ianya menjamin bahawa minyak haiwan yang dihasilkan dan kepingan daging dari Asia Timur serta ketul-ketulan ayam adalah bukan bangkai (tidak disembelih mengikut syarak)?

Mulai hari ini, anda YANG TIDAK TAHU, pasti akan merasa ragu untuk menikmati hidangan di Old Town White Cafe dan anda dinasihati untuk untuk menjauhi premis tersebut.

Bagi yang YANG TIDAK PEDULI, terpulang. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (BUKAN SYIAH), saya perlu menasihati anda supaya jangan mendatangkan fitnah ke atas agama Islam.

4 comments:

  1. Salam tuan,

    Terima kasih atas info ini kerana saya adalah penggemar white coffee dan selalu juga melepak surfing di OTWC.

    Akan lebih berhati2 selepas ini.

    ReplyDelete
  2. samalah kita paneh... berhati-hatilah lepas ni...

    bukan kita je.. malah semua..

    di ampang KL.. pak lebai putih pun sembang politik di OTWC

    ReplyDelete
  3. thx for the info. ni antara tempat makan kegemaran sy. terkejut juga tp yep,byk yg kite tak tahu

    ReplyDelete
  4. baru teringin nk g ctu. sbb nmpk mcm best je. nasib baik ALLAH halang.kembang lak tekak ble taw. hehe. tq for the info.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).