Thursday, January 29, 2009

Tajol Rosli Percepatkan Peralihan Kepimpinan

Perletakan jawatan Tajol Rosli Ghazali dari menyandang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak adalah sekadar mempercepatkan peralihan kuasa yang dijanjikan beliau pada bulan Mac ini. Dialas pula dengan peristiwa lompat parti oleh ADUN Bota, Tajol Rosli menggunakannya sebagai alasan untuk beliau melepaskan jawatannya.

Hakikatnya, Tajol Rosli telah lama hilang kekuatan dalamannya setelah dikejutkan dengan rampasan kuasa negeri Perak melalui undi Cina dan India pada PRU12 yang lalu.

Kesenanghatian beliau melepaskan jawatannya kali ini, (bukannya pada hari Perak tergadai ke bukan pribumi) merupakan satu tanda tanya. Beliau mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden Nasarudin lompat parti.

Sebenarnya, Tajol Rosli bukanlah seorang yang tidak berapa pandai berfikir. Dia juga tak perlu menjadi boneka / proksi mana-mana pihak semasa memimpin UMNO negeri. Cuma dia kadang-kadang tidak dapat menyorokkan sesuatu yang akhirnya dapat dihidu oleh 'penyiasat' politik negeri.

Walau apapun, selamat meletak jawatan. Tetapi, teruskan kelantangan anda di Sidang Dewan Undangan Negeri yang membuka mata banyak pihak, Tajol Rosli hari ini bukan Tajol Rosli semasa menjawat jawatan MB Perak dahulu. Apa yang ditunggu ialah hasil dari percaturan yang sedang dibuat yang mana menjadi rahsia dari pengetahuan ramai orang tetapi bukan rahsia bagi sebilangan yang lain.

2 comments:

  1. aku cukup kagum kalau org umno masuk pas terutamanya golongan professional.

    tp aku langsung tak heran kalau org umno masuk pkr.pengasas pkr bekas org umno jg.sebab tu ezam boleh masuk umno semula.

    tp aku cukup heran ada jg manusia yg boleh keluar pas masuk umno.

    ReplyDelete
  2. aku yakin ramai orang islam join pas kalau pas keluar pr..

    tapi aku heran apasal pas taknak jugak keluar..

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).