Berakhir sudah perjuangan 10 bulan dalam menyanggah Perjanjian Pangkor II yang mengakibatkan bumi Perak tergadai selama 10 bulan ke tangan pihak yang tidak sepatutnya menguasai.
Seperti yang penulis katakan kepada seorang teman sepejabat, seorang penyokong PAS Perak, jika kemenangan PAS di Perak semutlak kemenangan di Kedah, tidak akan ada suara-suara seperti Ipohmalay, Perak Bangkit dan Taiping Mali yang akan menyanggah perbuatan mempermainkan pemimpin Melayu Islam seperti di Perak.
Petang ini, dia menghulur tangan mengucap tahniah atas kejayaan tumbangnya Pakatan Rakyat di Perak. Penulis berterima kasih kepadanya dan serentak itu, menyatakan, 'sebagai saudara seagama, kita mesti bkerjasama dan lupakan permusuhan yang sebenarnya adalah untuk kepentingan agama itu sendiri.'
Pakatan Rakyat di Perak telah tumbang. Kerajaan BN akan bangun memerintah. Terima kasih kepada sahabat-sahabat perjuangan di alam blog yang sekian lama menyokong usaha perjuangan ini tidak kira dari bnegeri mana sekalipun sokongan itu datang.
Perak Bangkit, penulis berasa amat berbesar hati mempunyai pejuang seperti saudara, bersama-sama membongkar kebobrokan DAP dalam memerintah melalui belakang tabir.
Taiping Mali dan Pemuda Padang Rengas, penulis merasakan bahawa kita wajar menentukan corak kepimpinan kerajaan Perak yang baru demi perjuangan untuk memenangkan rakyat perak keseluruhannya.
Kepada Nasarudin, seperti yang teman dah tulis, hanya penyimpan rahsia yang mengetahui apa yang dirahsiakan. Perang saraf taktikal teman telah berakhir. Terima kasih kepada UMNO Parit yang banyak memberi kerjasama kepada bekas ketuanya yang bijak ini.
Memang lompat parti bukanlah perkara yang elok. Tetapi, jika itu yang wajar buat memprotes ketungganglanggangan, ia memang telah diterimapakai sejak dulu lagi.
Jelapang, Behrang, Changkat Jering dan Bota akan menjadi kisah penting yang muncul selepas kandungan 10 bulan selamat dilahirkan.
Mulai hari ini, perjuangan Ipohmalay adalah untuk memastikan rakyat terbela. Pemimpin BN yang tidak relevan, akan disanggah. Sebagai ahli UMNO, penulis mempunyai hak untuk memastikan UMNO terus utuh di Bumi Perak walaupun dengan menghentam UMNO sendiri.
Alhamdulillah. Marilah kita mengangkat tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT. Tuhan Maha Bijaksana. Pemegang Perbendaharaan Segala Bentuk Permainan Manusia.
Assalamualaikum WBT.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
ReplyDeletesama-sama kita sambut hari nasional Perak pada 4 Februari 2009
p/s: kena cuti umum ni... hehe
kepada ipohmalay dan blogger lain. Tahniah dan Terimakasih.
ReplyDelete=ahli UMNO temerloh-
Wahai saudara Islam ku,
ReplyDeleteApa yang berlaku di Perak adalah ekoran tindak tanduk dan perancangan DAP Perak sendiri.
Tidak seperti di Selangor, DAP gagal "membeli" MB Melayu yang dipilih istana. Roh perjuangan PAS tidak sama seperti roh PKR yang lebih mirip kepada roh UMNO yang mana pemimpin Melayu mereka boleh dibeli orang lain.
Sungguh pun Ir Nizar dilihat seperti telah membuat keputusan yang merugikan Melayu Perak tetapi kita harus ingat keputusan dibuat oleh kerajaan yang majoriti dikuasai oleh DAP.
Sungguh pun beliau dikritik dengan "Perjanjain Pangkor II" secara terbuka namun tidak mustahil dibalakang tabir sebagai MB PAS beliau merupakan penghalang kepada agenda DAP/Cina di Perak.
Kerana itu tidak hairan sekiranya semua yang berlaku khususnya usaha untuk menyingkir ADUN Behrang dan Changkat Jering sebenarnya usaha kotor Ngeh dan Nga?
Kalau tidak kenapa mesti speaker DUN Perak tidak sabar-sabar mengumumkan perletakkan jawatan mereka?
Bukankah terdengar desas-desus hendak digantikan MB pilihan Istana ini dengan wakil PKR?
Sudah tiba masanya untuk Melayu PAS dan UMNO untuk fikirkan semula kedudukan Islam di rantau ini.
Apakah masih lebih rela bekerjasama dengan kafir daripada yang dianggap sebagai zalim?
Allah telah memberikan kita peluang untuk Islam mempunyai majoriti di Perak.
- Alif Ba Ta -
sangat bersetuju dengan Tanpa Nama 19:53
ReplyDeleteharap PAS dan UMNO bersatu di Perak..
jangan beri alasan seruan bersatu hanya valid semasa umno menjadi pembangkang di perak
seruan bersatu valid hingga kiamat
Sdr IpohMalay
ReplyDeleteAkhirnya doa kita dimakbulkan tuhan!. Fasa kedua ialah untuk mempastikan bahawa barisan kepimpinan baru adalah terdiri sp mereka yg benar-benar komited kpd perjuagan serta mengambil berat permasalahan rakyat. Tahap seterusnya adalah untuk mepastikan kesinambungan perjuangan UMNO sendiri yang sebelum ini diabaikan demi untuk menjaga hati rakan komponen.
alhamdulillah, Kita hanya nsan kerdil yang melakukan demi untuk anak bangsa kita masa hadapan
ReplyDeleteSalam Ipohmalay..
ReplyDeleteBersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana memberi kita kekuatan untuk berjuang mempertahankan kerajaan Melayu di Perak. Dengan kemenangan ini janganlah kita pula riak dan takbur. Ajaklah kembali orang-orang Melayu Perak bersatu semula demi mempertahankan ketuanan Melayu di Perak. Perjalanan dan perjuangan baru bermula. Perjalanan yang jauh bermula dari tapak pertama hari ini.
Teman juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah kepada blogger-blogger Perak dan BPN yang lain seperti Taipingmali, Perak Bangkit, Pemuda Padang Rengas aka Anak Kuala, Umno Parit , yeop perak dan lain-lain yang tak dinyatakan di sini kerana ketabahan dan kesabaran anda menangkis serangan dari pihak lawan.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. Hidup MELAYU...
Salam perjuangan