Wednesday, February 04, 2009

PAS Patut Berhenti Jadi Barua DAP!

Bersatulah PAS dan UMNO!

Jika dulu seruan ini diketawakan di Perak kerana UMNO yang menyeru itu berada di pihak pembangkang, kini mungkin tidak lagi. Jika tersilap langkah kerana dengan sombongnya menempelak Mufti Perak sendiri kerana seruan bersatu, moga Allah memaafkan kekhilafan kamu.

Janganlah PAS menjadi barua kepada puak sekularis lagi. Sosialis ala DAP terlalu banyak muslihatnya. Islam ala PKR terlalu sekular melebihi tuduhan UMNO itu sekular.

Janganlah melihat kegagalan bersatu ditahun 1970an dulu sebagai sebab untuk tidak bersatu. Jika anda berfikiran demikian, anda hanya meletakkan PAS sebagai parti yang tidak berubah, kekal rendah tahap intelektualitinya dari dulu hingga kini.

Jika seorang Melayu sekular dari parti DAP yang longgar pegangan agama mengajak PAS bersama menentang sebilangan golongan Melayu yang taat pada agama dan berjuang demi martabat agamanya sendiri, adakah baik bagi PAS untuk bersama-sama Melayu DAP tersebut?

Tapi hari ini, PAS pasti sanggup. Belum lambat bagi PAS untuk berpatah balik. Buanglah golongan PAS liberal yang akhirnya akan menjual parti itu kepada agenda Yahudi.

Lihatlah taktik keji DAP dalam melingkupkan bekas exco PKR Perak yang kini telah tiada dalam PKR. Mengapa mereka di umpan rasuah oleh perancang sulit Ngeh? Kerana DAP Perak mahu membuang mereka jauh dengan rasa benci. Tidak pula mereka mengisukan tentang pencabulan mandat pengundi Behrang dan Changkat Jering?

Muslihat rasuah perancangan DAP dan kroni-kroni pembinaan Cina di Perak ke atas PKR Perak boleh berlaku ke atas PAS. Kini PAS Perak telah terduduk. Adakah PAS menanti saat tersungkur hina oleh mainan DAP yang tak pernah ikhlas bersama mereka? Jangan!

4 comments:

  1. DAULAT TUANKU,
    SINGKIRKAN TALI BARUT DAN BARUA DAP..
    SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN UMNO-BN DI PERAK..

    MINTA ALLAH TUNJUKKAN MUNAFIK YANG BERADA DIDALAM UMNO.. DAN KAU BUKAKANLAH HATI - HATI SAUDARA SEBANGSA DENGAN KAMI AGAR MEREKA TERBUKA HATI UNTUK MEMPERJUANGKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN MARTABAT DAN MARUAH BANGSA KAMI, LANTAS MENAIKKAN AGAMAMU DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI..

    AMIN YA ROBBAL ALAMIN"

    ReplyDelete
  2. Salam. Kita punya pendapat yang sama tentang UMNO dan PAS perlu bersatu. Hanya pemimpinnya perlu buangkan ego masing-masing dan pengagihan kuasa yang saksama. Baca posting saya tentang ini http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/02/umno-dan-pas-menuju-titik-pertemuan.html

    ReplyDelete
  3. Usia dah maghrib

    hari dah nak maghrib moh kita ke masjid.
    Setiap hari tanpa jemu Allah Yang Agung memberi peringatan tentang waktu-waktu untuk bertemu dengannya....waktu subuh, tengahari,petang,senja dan malam.....saban hari...
    Apa yang berlaku, masih ramai yang tidak peduli itu semua....
    tidak menghayati tanggunggjawab kepada yang Esa....
    masih alpa...
    walaupun usia dah nak masuk maghrib....

    Hari ini terlalu ramai pemimpin melayu bercakap soal masa depan bangsa, sebenarnya ia sudah tidak punya masa depan lagi kerana jiwa bangsa itu telah lama mati iaitu bahasanya.Bahasa melayu terlalu haprak tidak layak membicara soal sains dan metematik.
    Oleh kerana kita punya pemimpin yang tak bermaruah dan bermoral, maka saat-saat kehancuran kian hampir.

    Pernah dulu dikhabarkan bahawa bangsaku gagah dan berani, bahasanya merupakan linguafranca di nusantara. Bangsaku juga merupakan bangsa pedagang. Tapi itu dulu.

    Hari ini bangsaku adalah bangsa yang terlalu daif sekali. Tahap pemikirannya terlalu cetek,
    tidak lagi mampu menggunakan otak untuk berfikir, segalanya perlu ditunjuk.

    fikir-fikirkan.

    oleh yang demikian rentilah menyokong parti korap.

    bukan teman kata
    Mahathir kata.

    sungguh teman tak kata.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Al-Amin namun jangan kerana marahkan nyamuk lantas kelambu yang kita bakar.

    Mari membina negara kita.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).