Tuesday, May 12, 2009

Berbaloikah Memilih Pakatan Rakyat Untuk Perak?

Ini apa yang teman tulis 2 hari sebelum Sultan Azlan suruh Nizar letak jawatan :

Haa.. yop, aper lagi ditunggu, bubar le. SPR dah tolak perletakan jawatan Behrang dengan Changkat Jering tu. Moh lerah ke gelanggang le yop kalo ye benor teringin nak mandat baru. Rentikanler melabun tu.

Bila dikatakan yang pilihanraya DUN bazirkan duit rakyat, ader ler pihak-pihak demer kata alasan takut nak berdepan rakyat lah, alasan takutkan suara rakyat lah. Apa yang komer merepek ni?

Sebenarnya, kami sangat teringin nak tunjukkan yang rakyat TAK SIOR berkerajaankan Pakatan Rakyat yang takkan mungkin Melayu dalam PAS dan PKR yang akan menguasai.

(
Cakap Banyak Tak Guna! Bubarlah! Tuesday, February 3, 2009


Tetapi itu sentimen waktu itu. Sentimen kini bercampur baur walaupun kita dapat lihat hanya 33% Melayu Bukit Gantang memberi undi kepadanya.

Sebenarnya Nizar masih lagi mengharapkan bukan Islam mengekalkan kerusinya. Bukan isu agama yang mahu dibangkitkan. Ia berkenaan isu yang berkaitan budaya guna-mempergunakan.

Jika konsep PAS mampu mendekatkan bukan Islam terhadap Islam, sudah tentu PAS di Perak dialu-alukan. Tetapi, liberalisma Islam yang didokong puak profesional agama dalam PAS bukanlah sesuatu yang patut didambakan.

Contohnya, sebuah kompleks komuniti yang bernilai RM2 juta yang terletak di Taman Perpaduan di kawasan 80% Melayu tidak dipenuhi program keagamaan atau kemasyarakatan.

Pembukaannya yang disambut dengan pertukaran kerajaan negeri pada 8 Mac hanya dipenuhi acara bergendang dari acara-acara PKR yang diterajui orang India di Hulu Kinta walhal terletak sebelah rumah seorang tokoh PAS tempatan yang rumahnya dihiasi tembok hijau putih.

Bukan soal adu domba. Program kemasyarakatan tidak wujud bagi menggambarkan sesuatu yang positif telah berlaku dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak untuk orang Melayu selain program-program PAS keagamaan PAS yang menggunakan masjid dan Dataran Bandaraya. Ini mulia. Tetapi inikah sahaja yang dibolehkan? Tidak terkecuali, program menjana pendapatan negeri.

Boleh jadi Pakatan Rakyat merampas Perak jika pilihanraya negeri diadakan hasil dari menipu orang ramai. Tetapi apa kebaikan yang dibawa bila mereka memerintah selain memecah tabung perbendaharaan negeri dan memulakan spending spree. Rakyat entah ke mana.

Perak negeri pertama di Malaysia yang akan muflis dan dipenuhi Melayu miskin.

5 comments:

  1. Orang Perak yang lebih memahami dan berhak untuk bercakap tentang hal ini.

    ReplyDelete
  2. FIKIR2 KAN LAH12 May 2009 at 21:29

    AKU SETUJU TU. TAK TAU LA DEPA NI NAK KALUT BUBAR PASAI PA...MACAM BOLEH MENANG BESAQ, SYOK SENDIRI KOT.

    CUBA FAHAMI DISINI...

    KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

    1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
    P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

    2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..

    3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

    KESIMPULANNYA...

    KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & BIAQLAH DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

    AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KALAU DULU KATA BN DAH BAGI BYK KAT TOKEY2 CINA, BILA MAI PR BAGI LAGI KAT KG BARU TU, HANGPA TAK TAU KA YANG DOK KG BARU TU CINA2 TUA YANG ANAK2DEPA DAH KAYA-RAYA.

    NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH / CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.

    ReplyDelete
  3. Kalau Zambry "ada telur" dan "anak jantan", apa kata beliau dan Nizar berpakat mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Biar rakyat Perak yang tentukan siapa yang layak memerintah kerana rakyat Perak sedang menderita akan krisis ciptaan ini. Biar rakyat yang tentukan.. negara kita kan negara demokrasi?... Mengenai kos piilihanraya yang tinggi, rasanya kos rakyat menderita dari krisis ini adalah lagi tinggi... pelabur pun takut masuk ke Perak akibat ketidaktentuan ini.. yang dah ada di Perak pun boleh keluar ke Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah PR. Oleh itu, sudah seharusnya BN setuju kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak kerana kalau tidak, BN dilihat sebagai GILA KUASA kerana terus mahu bergayut memerintah Perak tanpa pilihan rakyat dan tanpa mahu kembalikan kepada rakyat untuk memutuskan siapa yang layak membentuk kerajaan....

    ReplyDelete
  4. apa kejadahnya anak perelih?? teruk sngat ka krisis kat Perak smpai pelabur takut nk masuk?? parah sngat ka smpai pelabur pun tutup kilang angkat bungkus terus blah?? aku duduk dkt ipoh ni relax je.. yg ada masalah ialah Kerajaan.. rakyat x ada apa2.. serupe aje!..

    Jngala nk timbulkan persepsi buruk dkt negeri nih la kwn.. hang duduk perelih sana nu.. xtau keadaan semasa di perak.. semuanya terkawal.. x de rusuhan.. x de parang memarang.. semua boleh lepak kedai mamak lagi.. Melayu.. cina.. india.. elok je.. jgn la nk api2kan..

    ReplyDelete
  5. UMNO ADALAH SEBUAH PARTY YANG KUAT DAN DISUKAI RAMAI. TIDAK MEMILIKI 2/3 MAJORITY BUKANLAH SUATU YANG BAIK WAKTU INI. BUBARKAN DUN, BUAT PILIHANRAYA SEMULA DAN BUKTIKAN UMNO KUAT DAN MENJADI PILIHAN RAKYAT WAKTU INI. itupun kalau berani....
    umno kuat ke tak...umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak..umno kuat ke tak......camner sapa berani jawab...ada berani ke tak....ada berani ke tak....ada berani ke tak....ada berani ke tak...maaf yer

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).