Friday, May 01, 2009

Selsema Babi : WHO Bantu Dunia Menjadi Cemas

Pertubuhan Kesihatan Sedunia melompat apabila wabak H1N1 atau selsema babi muncul menjadi momokan seluruh dunia. Tetapi kali ini WHO melompat lebih tinggi dari biasa hanya kerana wabak tersebut dikesan menular dengan cepatnya di Amerika Syarikat.

Setelah 'lahir' di Mexico, wabak tersebut agaknya dibawa angin ke negara jiran, AS. Pun begitu tahap berjaga-jaga diletakkan pada peringkat tertinggi memaksa semua negara menjalankan sekatan kesihatan di pintu masuk.

Malaysia tidak terkecuali apabila pelawat yang masuk diminta untuk mengisi borang deklarasi kesihatan yang mana keengganan berbuat demikian atau pemberian maklumat palsu mengenai status kesihatan diri boleh dihukum dengan penjara 2 tahun.

Tetapi, terdapat berpuluh-puluh pintu masuk ke negara ini yang dipercayai tidak semua dikawal rapi seperti di KLIA. Ini merupakan trend yang agak membimbangkan dan perhatian khusus harus diberikan.

Tetapi, tahukah kita bahawa wabak H1N5, selsema burung, masih tersebar di beberapa negara dan belum terbendung sepenuhnya? Mungkin selsema babi ini dilayan istimewa kerana jangkitan antara manusia merupakan punca utama penyakit tersebut tersebar.

Dalam kekalutan sebegini, penulis mengambil berat ungkapan sini Menteri Kesihatan Indonesia yang antara lain bermaksud " wabak selsema babi ini adalah ciptaan Barat di mana syarikat penghasilan vaksin yang telah terjejas akibat kegawatan ekonomi cuba untuk mencari jalan bagi memperolehi semula keuntungan besar."

Seandainya telahan beliau benar, maka amatlah menguntungkan syarikat pengeluar vaksin itu apabila menggunakan strategi paling kotor untuk kaya. Ini membawa pemahaman tentang perbuatan menghalalkan cara demi matlamat yang telah berleluasa di mana-mana termasuk di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).