Wednesday, April 29, 2009

Selsema Babi : Amaran Untuk Manusia

Dunia sedang digemparkan dengan virus selsema H1N1 yang dipanggil selsema babi. Ini adalah petunjuk awal kepada manusia yang gemar berbalah bahawa ada perkara yang akan datang dan menunjukkan bahawa manusia itu makhluk yang lemah.

H1N1 telah tersebar dibeberapa negara Amerika, Eropah dan Asia. Kementerian Kesihatan semalam telah mengeluarkan 10,000 risalah jawapan kepada persoalan selsema babi, 5,000 nasihat perjalanan dan beberapa ribu borang kuarantin kepada MAB untuk digunakan di KLIA. Jumlah yang diperlukan melebihi 100,000 dan memaksa kakitangan Kementerian Kesihatan di Bahagian tertentu untuk bekerja hingga 12.00 tengah malam.

Amaran ini seolah-olah menunjukkan bahawa babi itu tidak diperlukan dalam industri ternakan. Tidak seperti selsema burung, selsema babi dikaji mampu merebak dengan pantas dan mampu mengulangi malapetaka influenza 1919, 1959 dan 1968 yang membunuh berpuluh-puluh juta orang pada setiap musim.

Kepada kerajaan negeri yang masih berfikir tentang industri penternakan babi sistematik atau tak sistematik, fikirkanlah cara untuk menggantikan industri ternakan babi dengan gantian kepada sumber makanan yang lain.

Apakah wabak selsema babi ini mempercepatkan petanda akhir zaman. Kemusnahan manusia besar-besaran dan datangnya Nabi Isa a.s. yang akan memimpin umat Muhammad dan mentiadakan jizyah, membunuh babi dan menghapuskan salib setelah membunuh Dajjal?

Jika demikian, ketahuilah bahawa selsema babi yang muncul ini merupakan peringkat awal bagi sesuatu yang bakal menghantui tamadun manusia untuk satu masa yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).