Monday, December 13, 2010

Azmin Ali Hentam Singapura. Kenapa Tidak Karpal Singh?

Azmin Ali dilaporkan mengutuk pimpinan Singapura secara melulu berhubung pendedahan pintasan perbualan yang dibocorkan oleh WikiLeaks. Tetapi pada masa yang sama dia mengutuk Cawangan Khas PDRM yang kononnya memberikan maklumat kepada Singapura.

Maklumat untuk Singapura itu pula dikatakan palsu. Tetapi jika maklumat palsu adakah Singapura mahu membodohkan diri mereka sendiri sedangkan Singapura dipimpin oleh parti PAP, bapa kepada parti DAP, parti sekutu PKR di tanah air?

Jika Karpal Singh pernah terlepas cakap bahawa Anwar perlu bertaubat, apakah sumber yang diperoleh oleh DAP itu datangnya dari PDRM? Apakah Cawangan Khas yang menyalurkan maklumat aktiviti liwat Anwar Ibrahim kepada DAP?

Bila dilihat peranan Karpal Singh dalam perbicaraan Anwar Ibrahim, tidak sukar meramalkan bahawa Karpal diperlukan kerana dia mengetahui segala-galanya.

Seorang peguam bela perlu mengetahui dengan jelas perbuatan anak guamnya bagi di cari jalan serta ruang untuk meloloskan anak guamnya dari pertuduhan-pertuduhan.

Tambahan pula Karpal Singh tidak pernah membantah keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar Ibrahim dengan alasan " memang melakukan aktiviti tersebut, namun tiada bukti yang meyakinkan untuk dia ditahan atas perlakuannya ", pada tahun 2004.

Malah Anwar sendiri tidak menyangkal keputusan hakim tersebut.

Anwar Ibrahim dalam kenyataan Twitternya bermain pada istilah "tiada bukti" lagi. Dia kini tidak mempunyai cara lain selain mengumpulkan sokongan dari para penyokong aktiviti liwat yang terdiri dari partinya, sebuah parti yang memakai nama Islam, dan sebuah parti chauvinis Cina.

Bukankah pemimpin PAS dahulu pernah menghalalkan perbuatan meliwat isteri? Tidak hairan pula kerana mahukan pengaruh politik, meliwat jambu simpanan akan dihalalkan pula.

Ibarat menyantau orang sampai mati menggunakan ilmu hitam, ketiadaan bukti untuk menjadikannya satu kesalahan yang boleh didakwa akan membuatkan penyantau lebih gian untuk melakukannya lagi.

2 comments:

  1. Amerika negara kuasa paling digeruni pun telah terasa "gerun" dgn wikileak, malah Amerika tidak pulak menidak atau mengiyakan. Inikan pulak Anwar kes liwat beliau yg kira berita nasional telah jadi berita internasional. Itulah kekuasaan ALLAH, doa org yg terinaya dimakbulkan dgn pelbagai cara. Izzah pulak mcmana, masih nak burukkan K'jaan diSpore, Indon, US ? hahahah lawak sarkas laa betul, orang mcm Anwar patut tutup mulut mcm kata2 Peguam negara pd Khir, kerana perbuatan mencairkan mulut mcm air terjun mmg boleh membawa padah, mungkin Anwar secara sedar atau tidak telah begitu byk bercerita dlm negara maupun diluar negara sehingga ada pihak pihak tertentu berminat dgn Anwar mungkin kerana peranan beliau dlm aktiviti tertentu atau jugak dlm satu-satu badan yg dianggotainya yg mungkin pada pendapat orang luar (yg panas hati) yg Anwar itu siapa dan apa kelebihan Anwar pada dunia dan negara.

    ReplyDelete
  2. betul.. tapi tak dapat tidak.. dalam hal ini.. kebenaran dapat dilihat dari penafian atas perkara sampingan.. bukannya perkara pokok

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).