Sunday, December 12, 2010

WikiLeaks : Singapura Kutuk Malaysia?

Barangkali istilah Kutuk Malaysia yang digunakan Buletin Utama di TV3 tadi kurang tepat. Bila disebut "politician", tentulah ia berkaitan dengan pengamal politik yang bertugas menjadi check and balance bagi sesebuah kerajaan.

Bila Sydney Morninh Herald menyebut sumber WiliLeaks mengenai kenyataan Singapura bahawa "Malaysia is in a "confused and dangerous" state due to incompetent politicians" sudah tentulah pula ianya berkait dengan pengamal politik yang sepatutnya menyediakan wacana yang jelas menjadi alternatif kepada pemerintah.

"Incompetent" itu sendiri bermaksud tidak berdaya saing. Maka pengamal politik itu mahu berdaya saing dengan siapa?

"Confused" pula bermaksud keliru, malah selalu digunakan bagi menggambarkan lelaki-lelaki homoseksual yang mengamalkan liwat dalam diam walaupun telah beristeri. Kekeliruan seksual la tu.

Jika dilihat politik Malaysia, pemerintah yang jelas menguruskan kerajaan dengan wacana dan rencana pembangunan yang jelas di mulut dan di atas kertas, parti pembangkang hanya mencari air keruh untuk menangguk ikan.

Pembangkang negara ini sangat jelas tidak mempunyai perancangan sendiri untuk menjadi pemerintah yang efisien dan hanya berlegar pada angin-angin busuk semata-mata.

Mereka amat jelas tidak akan mampu memerintah negara ini kerana tidak mempunyai draf untuk dasar-dasar ekonomi, dasar-dasar kesihatan, dasar-dasar pendidikan malah dasar-dasar perikatan mereka sebagai sebuah pakatan politik pun sangat kabur.

Namun, sekiranya Singapura cuba menyentuh ahli-ahli politik Malaysiasecara keseluruhan, mereka pasti malu dengan kenyataan tersebut kerana Singapura sendiri adalah negara yang mempunyai ahli politik yang menjilat punggung dan parti pembangkang mereka dibungkam, dan tidak sebebas Malaysia.

Soalnya sekarang, pada dasar apakah Singapura menyebut ahli politik Malaysia tidak berdaya saing dan pihak manakah yang mereka maksudkan?

Setelah Australia berganti Perdana Menteri, mengapa maklumat ini bocor? Umum mengetahui Australia merupakan negara penyokong kuat Anwar sebagai ahli politik homoseks yang dinafikan hak.

Perlu diingat, apabila menyebut ahli politik Malaysia, ia merangkumi kedua-dua pihak, pembangkang dan pemerintah.

Sekiranya ahli politik Malaysia keseluruhannya yang dimaksudkan ingapura, negara itu secara tidak langsung, mengutuk negaranya sendiri. Takkan mereka nak kutuk negara sendiri kot?

3 comments:

  1. Salam,

    Sila baca semula kabel Wikileaks tersebut. Laporan US State Department (related to ONA's assessment) tersebut bertarikh Nov 2008 - "Malaysia is in a confused and dangerous state due to incompetent politicians" merujuk pd leadership yg ada pd masa itu. Siapa PM negara pd Nov 2008?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Pasti ada kelemaham pihak Singapura, tak perlu tunggu Wikeleaks dedahkan. Rakyatnya banyak yang tertekan jiwa mereka membawa kepada banyak kes membunuh diri,termasuk Menteri Kewangannya Mr Teh zaman 80an dulu.They are not perfect, rakyat mengeluh kerana kos sara hidup yang tinggi sehingga ramai di antara rakyat mereka mempunyai hingga 2 pekerjaan.Siang kerja pejabat, malamnya kerja memandu teksi. The best people nak buat interview ialah pemandu teksi,contohnya. Dasar 1 anak satu keluarga pemerintah juga 'backfired' kerana kadar kesuburan republik tersebut menjunam. Jadi mereka membawa masuk rakyat asing dari Taiwan dan Hong Kong. Ini backfired juga kerana rakyat Cina tempatan mengkritik dasar ini.Kita tidak perlu risau rekod human rights republik ini tidak le 100% sempurna. The world is watching them too.
    Third Eye Blind

    ReplyDelete
  3. Keburukan tinggal di Singapura bagi bloggers ialah satu pun tidak berani kritik pemerintah. Score: Malaysian Bloggers - 1 ; Singapore bloggers - 0.Yang ada blogging pasal soft topics, je,cinta, fesyen and makan!
    Third Eye Blind

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).