Thursday, December 02, 2010

Kedah Dicadang Tuntut Semula Pulau Pinang

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

Ulasan

Blog ini telah lama berpendapat bahawa Pulau Pinang harus dikembalikan semula kepada kerajaan Kedah. Kerajaan pusat yang masih membayar RM10,000 sebulan kepada Kedah atas sewa pajakan Pulau Pinang, secara logiknya boleh menyerahkah sahaja Pulau Pinang kepada Kedah.

Lagipula diktator Lim Guan Eng yang menyemarakkan sentimen autonomi di Pulau Pinang adalah pemain taktik licik yang cuba memisahkan Kedah dan Pulau Pinang dengan garis yang jelas walhal Kedah dan Pulau Pinang perlu disatukan kembali seperti Dinding bersatu dengan Perak.

Soal ini tidak boleh disamakan dengan pembayaran Kerajaan Pusat kepada Kesultanan Suluk kerana Kesultanan Suluk mahu Sabah dimajukan oleh Malaysia. Tiada tuntutan.

Tetapi Pulau Pinang yang semakin hari semakin bertingkah dan berulah, perlu diajar tentang dasar sejarah yang banyak tidak difahami oleh PENDATANG.

Ya. hanya pendatang yang tidak faham sejarah. Andakah anda pendatang? Jika tidak, buktikan anda bukan pendatang!

Permohonan Status Bumiputra Perlu Diwujudkan

Bunyi cadangan ini macam tidak Malay-Centric. Tetapi ia sangat Malay-Centric jika dilihat dari satu sudut. Apa bagusnya idea ini? Idea ini lah jalan terbaik bagi menamatkan polemik Bumiputra dan non-Bumiputra di negara ini.

Hanya dengan menjalankan temuduga secara panggilan berdasarkan pendaftaran ke atas non-Bumi, pemilihan proses pembumiputraan dapat dilakukan. Lebih kurang seperti SPA lah. Kriteria semestinya mengenai kefasihan dan duga cara guna dan cara laksana Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian seseorang itu perlulah dilakukan. Lawatan ke rumah pemohon juga perlu dilakukan.

Kriteria sebagai seorang Bumiputra tidak susah. Hanya dengan memiliki MyKad dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua segi kehidupan, seseorang yang berasal dari benua lain yang telah meninggalkan bahasa benua lain itu dan mengamalkan budaya dan bahasa setempat, seseorang itu layak dibumiputrakan.

Langkah ini akan membuatkan penyanggah bumiputra akan mengunci mulut mereka sendiri kerana kebanyakan mereka tidak layak dibumiputrakan. Bahasa Melayu mereka bak tongkang pecah.

Sedangkan personaliti-personaliti terkemuka seperti Prof. Lim Swee Tin, seorang sasterawan Melayu yang menggunakan 90% bahasa Melayu dalam kehidupan mereka di rumah, telah lama wajar dianggap sebagai bumiputra.

Pertama kerana kefasihan beliau, isteri dan anak-anak dalam Bahasa Melayu yang di amalkan dirumah. Kedua kerana penghargaan dan pengorbanan mereka dan rasa cinta mereka terhadap Bahasa Melayu yang sangat tinggi. Ketiga, kemuafakatan keluarga beliau yang berazam untuk berasimilasi.

Jika nak sebut peratusan Bumiputra yang menggunakan bahasa benua lain, bukan tak ada 'Bumiputra' yang dalam UMNO yang adakalanya masih bertutur bahasa Tamil sesama keluarga. Sudah tentu ini bukanlah kesalahan.

Teman percaya bukan sedikit bukan Melayu di negara ini layak dibumiputrakan. Ini juga mendorong Bahasa Melayu menjadi perkasa secara tiba-tiba dan akhirnya ia menguntungkan peradaban Melayu negara ini.

Apabila status Bumiputra terdapat pada kad pengenalan rakyat Malaysia yang layak, tanpa mengira kaum, yang jelas tiada siapa yang rugi. Kecuali mereka yang tak turut serta berasimilasi.