Kita seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi di Bangkok dan Jakarta. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
BANGKOK 28 Jun - Perpecahan yang melanda masyarakat Thailand akan menjadi bertambah buruk selepas pilihan raya pada Ahad ini, kecuali musuh-musuh ketat politik bersetuju menghormati keputusan pengundian, kata penganalisis, hari ini.
Menjelang pengundian pada 3 Julai ini, tidak ramai pemerhati yang percaya pemenang pilihan raya itu akan dapat mengambil alih kuasa dengan lancar dengan hanya menghadapi tentangan daripada dalam Parlimen.
Pilihan raya kali ini menyaksikan pertarungan utama antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan parti pembangkang, Pheu Thai yang diterajui dari luar negara oleh bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang menampilkan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra.
Ramai pemerhati khuatir penunjuk perasaan akan kembali melancarkan protes jalanan pada beberapa bulan akan datang.
"Pilihan raya ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan kekacauan kerana tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, sama ada Pheu Thai atau Demokrat, penunjuk perasaan yang menentang parti-parti tersebut akan membanjiri jalan raya.
"Perkembangan itu bermakna tiada satu parti pun boleh benar-benar mendakwa mendapat mandat yang sah daripada seluruh rakyat Thai," kata penyelidik kanan di Universiti Prayap, Chiang Mai, Paul Chambers.
Satu lagi faktor ialah penyelewengan pilihan raya yang sudah lama menjadi tradisi di negara ini.
Hanya sebuah pertubuhan antarabangsa dan tiada kerajaan asing akan menghantar pemerhati bagi mengikuti perjalanan pilihan raya Thailand kali ini.
Tokoh perniagaan Thai yang menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat dan Bursa Saham Thailand, Aswin Kongsiri berkata, adalah sangat penting pilihan raya itu dilihat 'seberapa adil yang boleh'.
"Jika satu pihak menganggapnya tidak adil, disebabkan campur tangan tentera, pembelian undi, undi palsu, yang kesemua itu boleh berlaku, pihak yang kalah boleh melancarkan protes jalanan," katanya. - AFP

No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).