Wednesday, June 29, 2011

Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih


"Jangan sertai himpunan haram BERSIH." - Wardina

Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih

KUALA LUMPUR - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.

Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.

"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

[ Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.

"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.

Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.

"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.


Walaubagaimanapun, posting yang lalu tidak dipadamkan bagi menunjukkan persoalan dan jawapan yang telah tergabung menjadikannya selesai buat masa ini. Tanpa posting-posting tersebut, Wardina mungkin tidak akan merasa untuk terpaksa membuat kenyataan seperti di atas. Harap maklum.

7 comments:

  1. Apa nak sibuk pasal perepuam keparat ni.
    Bukan handal pun.
    Biarkan dia ni nak masuk parti komunis,PAS,PKR ke.
    Yang penting mulutnya macam keling.
    Dan tak layak apa jua pun.

    ReplyDelete
  2. APAHAL PULAK SUKU SAKAT ACEH NI BOLEH INTER FRAME DLM CERITA INI?

    NAK APA LAGI? DAH SEMAKIN MERUDUM KE POPULARITI MCM MR BOB GEDEBOB TU?

    ATAU..

    AGAKNYA LAKI DIA KURANG DAP JOB.. MAKLUMLAH JADI ARKITEK SUBSIDI TAPI NAK CARI GLAMOUR KAWIN ARTIS..HARI INI DAH SENAK PERUT..FULUS MAFI!

    LETIH LAH 'SEKOR2' ARTIS SIBUK MAIN POLITIK.. TAK TAHU KER DIA KENA MAIN DGN ORG POLITIK?

    ReplyDelete
  3. nama pun artis.. bob tu.. selagi lagi2 erotik dia berkumandang, dia dapat share kesundalan lelaki memuja perempuan berlebihan... dia mana sedar..

    artis ni profesion paling tak boleh dicontohi..

    ReplyDelete
  4. EJEN PR DALAM TV3 UNTUK MENABUR RASA SANGSI PENONTON MELALUI MEDIA KEPADA KERAJAAN, BUAT TINDAKAN SUSULAN TV3!!!

    ReplyDelete
  5. Hmm agree dengan pendapat. Bapak dier orang kuat persatuan Islam.. korang tau tak Wardina bukan melayu.. (pergi tengok IC dier.. ckp "Dan Lain Lain" sebab bapak dier Mat Salleh, emak dier Orang acheh (IC merah).

    kalau nak politik politik ler, yg takut sangat ckp sebab takut duit tak masuk kocek buat per..

    Apa ni.. kalau nak politik.. abis-abisan ler mcm brother anwar.. sampai masuk lokap.. mcm Ibrahim Ali.. sanggup hunus keris.. ni hunus keris sikit kena condemn terus berpaling.. puii

    ReplyDelete
  6. WARDINA bermakna BUNGA KAMI. Harapan kami jadilah bunga yang semerbak untuk AGAMA negara dan bangsa, bukan bunga yang meloyakan.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).