Melayu menyertai DAP bukanlah perkara yang baru. Pada tahun 80an ramai Melayu berotak hippies yang cenderung meninggalkan ajaran Islam, lebih memilih DAP daripada PAS dalah agenda membangkang. Lalu wujudlah nama-nama Ahmad Nor, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi.
Perkara ini tidaklah dihairankan kerana Bintang Tiga yang membunuh terang-terangan orang Islam, ustaz dan imam masjid juga banyak disertai orang Melayu.
Tetapi siapa Melayu-Melayu ini? Lihat contoh tukang komentar di blog Sakmongkol ini :
zarm said... Allright Saudara2ku,Maaf ya..dalam DAP xder panggil Datuk,TanSri,Dato Seri bla..bla..bla...Kitorang panggil semua hadirin dengan ungkapan Saudara jer.Saya dah 10 tahun menyokong DAP dan dah jadi life member sejak PRK Permatang Pauh 2008.Walau majoriti saudara kita Chinese..tapi banyak perbezaan dan keikhlasan yang kita nampak di mata pemimpin DAP.Teruskan perjuangan untuk RAKYAT dan jangan berlandaskan bangsa.Lagi lama dalam DAP akan lebih banyaklah perkara yang saudara akan fahami dan hayati keunikannya.Janganlah pulak esoklusa saudara tampil di TV3suku megatakan yang blog saudara kena hack dan sebagainya.PAS bukan tak baik...tapi kita yang tak cukup baik untuk join.Memilih DAP adalah cara terbaik bagi seorang rakyat Malaysia memecahkan tembok perkauman yang di bina oleh FANATIK UMNO.Selamat datang SAUDARAku.
Pertama, dia adalah yang anti-feudal. Membenci raja-raja Melayu dari sudut menerangkan bahawa tidak terpakai gelaran dari Raja-raja Melayu dalam DAP. Mungkin kerana pemimpin tua kerepot sebaya hutan Amazon di dalamnya tidak pernah dianugerahi gelaran dari Raja-raja Melayu.
Kedua, keengganan menyertai PAS atas dasar 'tidak cukup baik' bermaksud apa? Siapa yang mahu mengganggap diri mereka 'tidak cukup baik'. Adakah itu kenyataan paling manis bagi menggambarkan 'tidak cukup percaya'? Jika tidak cukup percaya, atas kepercayaan apa? Jika PAS memakai nama Islam, adakah tidak cukup percaya kepada kepimpinan PAS atau ahli-ahli PAS yang 99% beragama Islam. Atau mungkin ingin menyebut bahawa mereka tidak percaya Islam lagi.
Hanya dua sahaja jenis Melayu yang menyokong agenda DAP. Sama ada anti-raja dan anti-Islam. Mungkin sahaja Ariff Sabri pengikut Rasul Kahar atau Ayah Pin? Siapa tahu? Saya pun tak tahu. Haha.
Sistem raja2 tak boleh hidup lama dalam hukum hudud atau sistem kebebasan 100% demokrasi. Apa sebab? Sebab kalau pemimpin buat salah, mereka akan menerima hukuman yang sama dengan orang biasa. Kalau sultan bunuh caddie golf di Johor, hukuman nya sultan akan di bunuh juga. Kalau sultan main perempuan bai di hotel Concorde, hukumannya sultan akan di hukum juga. Pemimpin yang minum arak akan disebat juga.
ReplyDeleteJadi sistem raja2 dan sistem feudal tidak boleh bermaharajalela dalam sistem socialist, sistem keadilan, sistem hukum hudud atau sistem komunis. Bukankah begitu?