Wednesday, January 04, 2012

Blogger Sakmongkol Pilih Sertai DAP?

Di saat rasisme DAP mencapai kemuncak dengan berbagai sikap, umpatan, cacian, bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah terhadap orang India yang tunduk terhadap 'master-master Cina' mereka seperti M. Kulasegaran yang bertaraf Ahli Parlimen, seorang Melayu yang selama ini pernah menyedut wang-wang peruntukan secara langsung atau tidak dengan kapasiti ADUN atas tiket UMNO, dengan bangga menyatakan sokongan ke atas DAP.

Hamba sahaya tawanan terbaru DAP ini bernama Ariff Sabri. Dia membuat keputusan tersebut bersama-sama seorang lagi hamba sahaya bernama Aspan Alias.

Berikut kenyatannnya di blog Sakmongkol AK47 :

Hutang UMNO pada budi orang Melayu

Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan olehMalaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya MI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today.. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan. Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan UMNO, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2. Sebagai contoh, kami berdua merasakan UMNO sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada UMNO. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden UMNO yang paling lama mengetuai UMNO iaitu Dr Mahathir- yang menyatakan UMNO is rotten to the core dan kerajaan UMNO korap dari atas hingga ke bawah. Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada UMNO. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi UMNO. Tapi bagaimana pula dengan UMNO yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah UMNO itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan? Biarkan saya menyimpul pendekatan UMNO hari ini. pimpinan UMNO hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA. Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin UMNO hari ini menyatakan:- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada UMNO. Inlah titik tolak penentangan kami kepada UMNO kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada UMNO. UMNO bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini kepada orang Melayu. Bahagian pertama ungkapan tersebut- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu- memberi pengertian bhawa UMNO itu tuan dan ahli nya adalah hamba. UMNO itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. UMNO itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu. Bahagian kedua ungkapan tersebut- tanya apa kamu boleh lakukan kepada UMNO membawa erti bahawa UMNO itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu. Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat UMNO seabagi suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. UMNO bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan UMNO- mesti mengenang budi UMNO.


Cukup hairan apabila sorang yang telah pada satu masa diberikan peluang, menyebut bahawa UMNO tidak boleh dipulihkan. Mungkinlah beruk tua ini merasakan Bahagian Pekan tidak dapat dikuasainya kerana berkurun dikepalai oleh Najib.

Namun itu masalah dia dan kawasan dia sendiri. Sedangkan UMNO mudah sahaja untuk ditempelak bila-bila masa hatta Ketua mana-mana Bahagian sekalipun masih boleh ditegur, ditempelak dan diberi nasihat jika ada kemahuan untuk melakukannya, dan bukan untuk menjadi hamba pak turut. Tetapi secara lisan. Bukan penulisan! Kerana UMNO adalah parti suruhan. Cuma yang bodoh sahaja menganggap diri mereka adalah tambi suruhan. Bukan hamba. Yang hamba ialah mereka yang meletakkan diri sebagai hamba sahaya seperti si Sakmongkol ini.

Demi menaiki tangga hirarki DAP tertinggi dalam kalangan Melayu Pahang amnya, Melayu Malaysia khususnya, Sakmongkol pasti dengan stupidnya sanggup memekakkan telinga pada ucapan-ucapan hinaan Melayu yang kasar dalam bahasa Cina dalam majlis-majlis DAP yang tentunya mengutamakan majoriti kaum Cina yang ramai kini semakin kurang mampu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Setelah Tunku Aziz dan Zairil Khir Johari di dalam DAP, apa kebaikan hasil minda mereka untuk umat Melayu dan Islam negara ini yang dikeluarkan dari cirit-birit mulut DAP?

Ungkapan UMNO sebagai pembela, perlu dikenang jasa, disayangi, di bla bla bla, hanyalah metafora bagi yang faham, bukan bagi yang tenging seperti Arif Sabri yang buat-buat tak faham. Sudah tentulah selagi tuntutan rakyat dipenuhi, segala itu masih relevan dan rakyat berhak menolak UMNO dan menguburkannya bila sampai saat ramai Melayu perlu menyelongkar tong sampah untuk makan. (Mungkin anak-anak Arif Sabri kini dalam keadaan demikian, maka wajarlah.)

Sakmongkol boleh dianggap Melayu penagih kuasa dan publisiti ini kerana ingin memanjat tangga kepimpinan DAP tanpa mempedulikan hakikat bahawa DAP Pahang sendiri telah mempunyai ramai ahli yang berjuang sejak sekian lama. Siapa yang mahu angkat orang baru masuk sebagai pemimpin mereka?

Bodoh, tak boleh diajar.

2 comments:

  1. Teringat gua akan lagu arwah ISMAIL HARON...liriknya yang berbunyi..Takdapat anggur..masam katanya...

    Lebih korang camtu lah sikap mereka yang berpaling tadah nie.

    ReplyDelete
  2. apa jasa pas pada budi org melayu di kelantan pulak???

    sampai ronggak gigi org kelantan kerana kurang florida....hehehe

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).