Nga Kor Ming meroyan semalam saat mengemukakan saman ke atas Skupangdua berhubung tindakan blogger tersebut mendedahkan penawaran kerja menjahit kepada syarikat isterinya walaupun tawaran tersebut adalah tinggi berbanding tawaran lain.
Benar kita tahu bahawa harga paling rendah tidak menjamin sesuati bidaan itu berjaya kerana apa yang dinilai adalah kualiti. Tetapi apabila ia melibatkan soal kehadiran syarikat isterinya, ini telah melampaui batas ketelusan yang digunapakai dalam mana-mana pentadbiran kerajaan seluruh dunia. Malah dari lidah-lidah penipu DAP sendiri yang kononnya telus.
Kenyataan Nga Kor Ming dalam blognya sama sekali tidak menghuraikan apa yang dinyatakan oleh Ahmad Sufiyan (Skupangdua) berkait syarikat isterinya yang didaftar tergesa-gesa untuk pemberian tender tersebut melainkan penafian mentah semata-mata.
倪氏今日在诉状中指出,怡保市议员的西装合约是通过公开召标,由11人出席的召标小组全权决定,根本与倪氏无关。该小组做的决定完全独立,事前根本没有知会倪氏,因此部落格SekupangDua的文章纯属捏造、存心毁谤并中伤起诉人以打击倪氏崇高及备受尊重的良好形象。Nga dalam samannya menyebut, Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan panggilan bidaan terbuka yang dihadiri 11 pembida dan ini tidak ada kena mengena dengannya. Jawatankuasa telah membuat keputusan dengan bebas tanpa ada arahan darinnya dan dengan itu blog Skupangdua telah mengada-adakan cerita, memfitnah dan menjatuhkan imej Nga yang dihormati.
Maka adalah jelas bahawa Nga Kor Ming tidak menafikan bahawa syarikat isterinya telah terbabit dalam urusan tersebut melainkan hanya mengemukakan saman kepada Ahmad Sufiyan kerana isi kandungan artikel Skupangdua yang menyebut keterlibatan syarikat isterinya adalah atas arahan Nga Kor Ming.
Adakah patut untuk syarikat milik isteri kepada Exco Kerajaan Negeri pada ketika itu terbabit dengan bidaan?
Tanpa perlu memberi arahan sekalipun, adakah Ahli Majlis Bandaraya pada ketika itu yang hampir keseluruhannya adalah wakil DAP akan mensia-siakan bidaan isteri komander DAP negeri?
Bagaimana pula cerita Ngeh Koo Ham yang menggunakan jutawan Manjung untuk mengambil bangunan terbengkalai 15 tahun di Persiaran Green yang akhirnya dijadikan Tower Regency Hotel hari ini?
Lebih baik mengundi BN yang boleh ditegur ditempik daripada mengundi Pakatan Rakyat yang hanya akan menyaman anda seperti Singapura membungkam pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).