Sikap tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam telah menyebabkan Duta AS ke Libya terbunuh akibat diserang oleh penunjuk perasaan yang membantah sebuah filem yang menghina Islam.
Filem keluaran seorang Yahudi Amerika itu sengaja memburukkan Islam dengan menyebut Islam sebagai barah dan Nabi Muhammad digambarkan tidur bersama ramai wanita.
Provokatif Barat ke atas Islam dibayar dengan nyawa apabila Christopher Stevens dan rakan senegaranya terbunuh setelah kereta yang dinaikinya untuk keluar dari Konsulat Amerika di kota Beghazi, dibedil roket.
Kejadian yang berlaku jam 6 pagi 12/9/2012 waktu Malaysia itu turut mengorbankan 3 lagi petugas kedutaan Amerika Syarikat yang mengiringi beliau ketika lawatannya ke Konsul Amerika Syarikat di Berghazi dari pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Tripoli.
Menariknya, kota Beghazi ialah kota tempat bersarangnya dakyah anti-Ghadaffi tajaan Amerika Syarikat ketika berlakunya pemberontakan ke atas pemimpin Libya terulung itu tahun lalu.
Lebih parah, pemerintah Libya menuduh para penyokong Ghadaffi yang melakukan hal tersebut sedangkan semua orang tahu, Beghazi merupakan kota paling selamat untuk puak anti Ghadaffi di Libya.
Pengajaran besar buat Amerika Syarikat ialah, mereka tidak mungkin kehilangan nyawa rakyat mereka ketika melagakan rakyat Libya namun dengan menghina Islam dan junjungan besar Rasulullah SAW, itu tidak mungkin dapat mereka elakkan.
Insiden seperti ini menjadi akibat kepada golongan Yahudi semakin dibenci di Amerika Syarikat sendiri setelah dikenalpasti sebagai kelompok yang mendatangkan susah kepada rakyat Amerika Sendiri.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).