Wednesday, September 12, 2012

Mengesan Suspek Hina Pemimpin Pembangkang, Tapi...

Nampaknya PDRM kini sudah mula meningkatkan operasi 'tangkap penghina' tidak kiralah yang menghina pemimpin yang memerintah atau pemimpin yang membangkang.

PDRM kesan suspek hina pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam 10 kes membabitkan serangan dan penghinaan terhadap pemimpin pembangkang yang dilaporkan sejak 2009.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, tindakan yang diambil ini membuktikan polis tidak memilih bulu seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini. - UTUSAN

Kes-kes penghinaan bersabit agama lain seperti gambar-gambar ubahsuai di bawah masih belum tuntas dengan pelakunya masih bebas berkeliaran di dunia maya:



Hakikatnya, penghina pembangkang yang hina itu berleluasa hanyalah sebagai impak dari berleluasanya penghina pemimpin kerajaan yang tidak pernah ditangkap polis dan masih pula sibuk mengubahsuai gambar-gambar fitnah yang kemudiannya dijaja oleh penjaja fitnah orang lain yakni puak islam ala PAS.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).