Wednesday, October 03, 2012

Harimau Malaya jatuh ke tangga 162 dalam ranking FIFA!

Entah apa tak kena, semakin meriah Harimau Malaya disokong laung, semakin corot pula kedudukannya di persada FIFA.

Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA bertarikh 3 Oktober menyaksikan kedudukan Malaysia jatuh 6 anak tangga ke tangga 162 berbanding 156 bulan lepas.

Apa silapnya? Dulu dikatakan kurang penyokonglah, tak ditiup semangatlah. Tapi kini, bukan sahaja tiupan semangat, malah lagu-lagu khusus Harimau Malaya juga diputarkan ke corong-corong radio.

Apakah kegembiraan kita sekadar apabila menang dengan Indonesia yang kini di tangga 170? Atau dengan Singapura di tangga yang sama 162?

Berapa banyak perlawanan bertaraf dunia telah ditempuh dan diiktiraf FIFA ke atas Thailand di tangga 139 ,  Vietnam di tangga 140 , malah Filipina (yang tak ada stadium bolasepak yang sesuai) di tangga 147 ?

Seberapa banyak bajet yang telah ditelan oleh Harimau Malaya sampai dah jadi Harimau Meloya ini dan ke manakah arahnya?

Jangan ada suara menyebut 'Untung kita lebih baik dari Indonesia dan Singapura'. Itu mintak kaki namanya.


3 comments:

  1. ranking tidak penting - FAM

    bnyak dinosor tua dlm tu

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.. ranking tak penting kata demer... padahal kalo nak hantar player main luar negara, dorang tgk ranking negara asal si pemain.. ini bukan dinosor lg.. ini da tahap fosil dlm batu

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).