Sebanyak tiga posting teman dibuat khusus meninjau kemusnahan Parti Komunis Indonesia 47 tahun lalu. Masyarakat negara ini tidak diwajibkan mengenali sejarah Indonesia. Tetapi pembinaan jalan politik negara ini hari ini memerlukan kita melihat apa yang telah berlaku di Indonesia lebih-lebih lagi tatkala konfrontasi dilancarkan Sukarno ke atas Malaysia dan hubungannya dengan politik negara ini.
Dengan sikap pro komunis parti DAP-PAS-PKR, kita harus mengenalpasti pada titik manakah ini boleh terjadi dan pada segi apakah ini boleh terbentuk.
Juga dengan simpatisan terhadap Partai Komunis Indonesia semakin meningkat di Indonesia pasca Reformasi 1998 dan ulang-alik Anwar Ibrahim ke Indonesia yang terlalu kerap, kita seharusnya dapat menilai pada saat ini apa perancangan DAP-PAS-PKR dalam membentuk daya fikir para penyokong pembangkang hari ini.
Pembersihan fahaman pada saat Suharto menggantikan Sukarno pada bulan Oktober 1965 menyaksikan hampir sejuta orang simpatisan, ahli dan pemimpin pro-komunis dibunuh kejam di Jawa Tengah, Jawa Timur, Bali dan Sumatera Utara.
Cuma lima bulan sebelum itu, Sukarno dalam ceramah Hari Pekerjanya di Jakarta telah menolak untuk mengadakan rundingan damai dengan Perdana Menteri Malaysia di Tokyo. Partai Komunis Indonesia menganggap itu adalah kemenangan besar ke atas Indonesia yang dikuasai parti komunis dan parti-parti serpihan pro-komunis.
Malah dikatakan, Sukarno yang pada mulanya tidak kisah dengan penubuhan Malaysia, tiba-tiba berubah menjadi seorang yang anti dengan penubuhan Malaysia. Ini berikutan kegagalan demi kegagalan militan Parti Komunis Indonesia dalam membantu Parti Komunis Kalimantan Utara untuk merampas Brunei dan Sarawak dari kedaulatan Malaysia.
Seperti yang telah dimaklumkan dalam posting sebelumnya, kemuncak kecanduan kuasa Partai Komunis Indonesia ialah pada saat ia mula meremeh-remehkan keupayaan dan integriti angkatan tentera darat Indonesia pada ketika itu sebelum akhirnya berlaku rancangan atas rancangan yang mengakibatkan mereka terkena paku buah keras yang berakibat Partai Komunis Indonesia hancur di bumi Indonesia bersama hampir 1 juta orang.
Pembunuhan besar-besaran itu ditutup dari pengetahuan dunia kerana kempen menyelamatkan Asia Tenggara dari penguasaan komunis menjadi agenda dunia pada ketika itu.
Hari ini, wujud desakan dari pihak-pihak simpatisan PKI supaya kerajaan Indonesia meminta maaf atas peristiwa berdarah terbesar Indonesia itu.
Malah bulan ini, seorang pengarah filem bebas dari Amerika Syarikat, Joshua Oppenheimer telah menyiapkan filem berkisar kejadian itu, The Act of Killing yang bakal di tayangkan di sebuah festival filem di Toronto meski mendapat bantahan dari pihak-pihak tertentu di Indonesia.
Ternyata, pembangkang melakukan ujian suhu iklim politik Malaysia - sama ada orang Melayu turut bersimpati dengan perjuangan komunis atau tidak - kerana jika ya, maka bolehlah mereka menguak semula kaitan antara pemimpin UMNO pada ketika itu dengan peristiwa berdarah di Indonesia, meskipun UMNO dan Malaysia menjadi kambinghitam Amerika Syarikat dan Britain dalam kempen menentang komunisme di Asia Tenggara.
Darah komunis di kalangan warga negara ini masih mengalir laju di kalangan anak cucu pengganas yang membunuh guru-guru agama dan ustaz-ustaz di kampung-kampung ini. Kebanyakan mereka kini bersama DAP dan PKR dan tentulah sesuatu yang terkait dengan kemusnahan komunisme terbesar Asia Tenggara berpusat di Indonesia memberi impak secara langsung atau tidak kepada mereka. Tambahan lagi, Chin Peng masih hidup dalam buangan.
Tidak hairanlah juga apabila kajian mendapati, perkataan RAKYAT digunakan meluas dalam agenda-agenda komunisme di Indonesia untuk nama pertubuhan dan gerakan-gerakan anti-kapitalis oleh Partai Komunis Indonesia, turut dipakai kelompok DAP-PKR-PAS dalam pakatan mereka.
Dan dari sinilah kita dapat melihat punca mengapa mereka memainkan isu komunis - tidak lain tidak bukan, sebagai senjata simpanan yang belum boleh mereka gunakan kerana umat Melayu di negara ini, masih tebal kebencian mereka terhadap komunisme yang melakukan pembunuhan ke atas orang Melayu secara berleluasa di zaman darurat.
Jika umat Melayu turut bersimpati dengan pengganas komunis, maka lebih mudah mereka menumbangkan UMNO.
President Sukarno of Indonesia Addresses a Mass May Day
07 May 1965, Jakarta, Indonesia -5/7/1965-Djakarta, Indonesia- President Sukarno of Indonesia addresses a mass May Day rally in the Sports Hall Building. Sukarno announced his decision not to attend a peace conference with Malaysian Prime Minister Rahman in Tokyo. The announcement was viewed as a victory for Indonesia’s powerful Communist Party. Posters above the silent crowd stress the unity of the working classes in their struggle to overcome “imperialism.” Image by � Bettmann/CORBIS
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).