Entah apa tak kena, semakin meriah Harimau Malaya disokong laung, semakin corot pula kedudukannya di persada FIFA.
Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA bertarikh 3 Oktober menyaksikan kedudukan Malaysia jatuh 6 anak tangga ke tangga 162 berbanding 156 bulan lepas.
Apa silapnya? Dulu dikatakan kurang penyokonglah, tak ditiup semangatlah. Tapi kini, bukan sahaja tiupan semangat, malah lagu-lagu khusus Harimau Malaya juga diputarkan ke corong-corong radio.
Apakah kegembiraan kita sekadar apabila menang dengan Indonesia yang kini di tangga 170? Atau dengan Singapura di tangga yang sama 162?
Berapa banyak perlawanan bertaraf dunia telah ditempuh dan diiktiraf FIFA ke atas Thailand di tangga 139 , Vietnam di tangga 140 , malah Filipina (yang tak ada stadium bolasepak yang sesuai) di tangga 147 ?
Seberapa banyak bajet yang telah ditelan oleh Harimau Malaya sampai dah jadi Harimau Meloya ini dan ke manakah arahnya?
Jangan ada suara menyebut 'Untung kita lebih baik dari Indonesia dan Singapura'. Itu mintak kaki namanya.
Wednesday, October 03, 2012
Pembunuhan Ratusan Ribu Orang Di Indonesia Dalam Kempen Anti-Komunisme 1965-1966
Tanggal 1 Oktober lalu, genap 47 tahun Tragedi 30 September 1965 yang menyebabkan hampir 1 juta warga Indonesia dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Perang saudara terbesar dalam sejarah dunia ini memakan korban sebegitu banyak hanya dalam tempoh kurang 6 bulan.
Dunia terlalu sibuk dengan krisis di Vietnam dan Arab-Israel. Kepimpinan Suharto yang mengetuai aksi pembersihan fahaman di Indonesia ini telah menutup kisah perang saudara ini selama tempoh 32 tahun pemerintahannya. Lebih tragik, tragedi ini berlaku dua tahun selepas Sukarno melancarkan kempen Ganyang Malaysia. Tetapi yang mati terganyang ialah rakyatnya sendiri dengan jumlah yang dikira pembunuhan paling ramai dalam waktu paling singkat di dunia.
Ia bermula apabila Sukarno yang kelihatan semakin tunduk kepada Partai Komunis Indonesia yang menjadi penyokong kuatnya semasa penubuhan negara Indonesia, dikatakan tidak mampu menahan penularan pengaruh Partai Komunis Indonesia dalam pemerintahannya.
Kemuncaknya ialah apabila berlaku hasutan-hasutan di dada akhbar bahawa pihak tentera darat telah di upah oleh Britain untuk tidak menyokong kempen Ganyang Malaysia. Hakikatnya, pihak Britain dan Amerika Syarikat tidak mahu melihat penguasaan komunisme pada kerajaan Indonesia berlaku. Bantuan yang diberikan oleh pihak tentera menyelamatkan Duta Britain , Andrew Gilchrist, semasa berlaku tunjuk perasaan ganas membakar kedutaan Britain di Jakarta pada tahun 1964 susulan sokongan Britain ke atas Malaysia, telah dijadikan isu.
Ucapan terima kasih dan kalungan bunga kepada Jeneral Ahmad Yani oleh pihak Britain diputarbelitkan oleh akhbar Bintang Timur milik Partai Komunis Indonesia sebagai fakta bahawa pihak angkatan tentera darat telah dibeli oleh Barat. Perbuatan meremeh-remehkan tentera darat ini berlanjutan hingga Partai Komunis Indonesia yang dipimpin DN Aidit giat memburuk-burukkan angkatan tentera darat Indonesia pimpinan Ahmad Yani sehinggalah Sukarno tidak lagi percaya pada Ahmad Yani.
Rentetan peristiwa itu, dengan alasan bahawa Sukarno akan digulingkan oleh tentera yang pro-Barat dan menubuhkan kerajaan junta, 7 orang jeneral tertinggi tentera darat telah dibunuh dengan kejam dan 6 daripadanya disiksa, dikerat anggota badan dan dihumban ke dalam perigi.
Keadaan menjadi gawat apabila diketahui gerakan ini didukung oleh panglima tentera udara Indonesia sendiri, Omar Dhani. Leftenan Jeneral Suharto yang mengepalai KOSTRAD ( Strategic Command ) ditugaskan mengambil alih pemerintahan tentera dan bermula dari itulah Parti Komunis Indonesia menerima balasan Tuhan.
Ahli parlimen dan pegawai tinggi kerajaan yang pro-komunis dipecat, ditangkap malah dibunuh serta-merta. Peperangan ke atas golongan pro-komunis dan pemimpin kesatuan sekerja yang didukung komunis bermula. Pembunuhan menjadi-jadi. Kaum muslimin di Jawa Tengah dan Jawa Timur meniup jihad fisabilillah menghapus golongan komunis sementara kaum hindu di Bali membunuh golongan komunis demi korban kepada kuasa mistik mereka kerana penguasaan Partai Komunis Indonesia ke atas pulau tersebut telah banyak mengganggu adat budaya mereka dan kononnya korban-korban tersebut mampu membuatkan roh-roh yang marah, kembali tenang.
Pembunuhan besar-besaran terus berlaku sehingga masuk awal 1966. Angka rasmi kerajaan Indonesia menyatakan 78,000 orang telah dibunuh. Namun angka tidak rasmi menyebut di Bali sahaja, 85,000 orang dibunuh. Di Sumatera sahaja, 200,000 orang telah dibunuh. Di Kalimantan, 5,000 telah dibunuh, kebanyakannya kaum Cina, dan selebihnya di pulau Jawa yang menyaksikan angka kematian keseluruhan berbeza-beza dari hingga ada yang menyebut 1 juta hingga 2 juta orang.
Punca utama tiada angka rasmi kematian ialah, kebanyakan golongan pro-komunis dibunuh sehingga ke ibu bapa, anak isteri dan sanak saudara mereka serta mereka yang terselamat segera menukar identiti atau merahsiakan hubungan mereka dengan Partai Komunis Indonesia selama 32 tahun sepanjang Suharto berkuasa.
Juga, keterlibatan mereka-mereka yang melakukan pembunuhan ini sangat ramai sehinggakan masing-masing mahu ianya terkambus dalam lipatan sejarah.
Juga, keterlibatan mereka-mereka yang melakukan pembunuhan ini sangat ramai sehinggakan masing-masing mahu ianya terkambus dalam lipatan sejarah.
Inilah natijah dari perbuatan membunuh 5 orang Sultan di Sumatera Timur oleh Partai Komunis Indonesia pada 3 Mac 1946 yang mendapat balasan maha hebat. Ini jugalah kesan dari seorang pemimpin yang sewenangnya mengucap kata perang ke atas negara jiran. Akibatnya, negara sendiri yang kacau bilau.
Lebih malang, dunia tidak peduli akan hal tersebut sebaliknya Barat mengucapkan syukur kerana Indonesia telah bebas dari pengaruh komunis.
Tetapi hari ini, cuba lihat sokongan ke atas komunis dan idea putar belit memburukkan angkatan tentera yang mula diamalkan oleh pembangkang negara ini. Bukankah mereka meniru sesuatu dari sejarah hitam Indonesia?