Enam jam yang lalu, perempuan bermasalah jiwa, Abby Abadi dengan selamba menjawab isu kalimah Allah dengan jawapan kononnya penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak telah diluluskan oleh UMNO sejak sekian lama.
Maka teman pun suka untuk menjawab kepada umum. Bukan kepada perempuan sakit ini. Kerana dia tak layak mentelaah hal-hal yang rumit seperti ini. Dikhuatiri terpaksa ke Tampoi atau Tanjong Rambutan pula.
Hakikatnya, jika negara ini sekular seperti Turki dan Indonesia, sebuah negara yang peratusan penduduk Islamnya melebihi 75%, sudah tentu tiada siapa yang mampu menghalang liberalisasi kalimah Allah.
Maka teman pun suka untuk menjawab kepada umum. Bukan kepada perempuan sakit ini. Kerana dia tak layak mentelaah hal-hal yang rumit seperti ini. Dikhuatiri terpaksa ke Tampoi atau Tanjong Rambutan pula.
Hakikatnya, jika negara ini sekular seperti Turki dan Indonesia, sebuah negara yang peratusan penduduk Islamnya melebihi 75%, sudah tentu tiada siapa yang mampu menghalang liberalisasi kalimah Allah.
Namun, semua pihak telah mempersetujui bahawa perlembagaan negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Namun bagaimana pula dengan penggunaan kalimah Allah yang telah berakar umbi di Sabah dan Sarawak di kalangan penganut Kristian?
Sebelum menyertai Malaya dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dibiarkan terumbang ambing oleh British sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.
Serentak dengan kekalahan Jepun, Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan mereka walaupun tidak diiktiraf selama 4 tahun. Kemerdekaan yang berdasarkan Pancasila , satu bentuk pluralisme terancang yang menyamatarafkan Islam dengan Kristian, Buddha dan Hindu. Ia merupakan satu bentuk fahaman komunisme yang diubahsuai dengan memasukkan kepercayaan kepada Tuhan agar sesuai dengan persekitaran rantau ini. Untuk lebih menepati citarasa, kata nama khas ALLAH digunapakai seerti dengan Tuhan yang langsung tidak dikhususkan kepada mana-mana agama. Ada yang menyebutnya dengan bunyi Allah, Alloh, Alwuoh, Aluah.
Selama 18 tahun, Sabah dan Sarawak 'digodam' oleh Indonesia dan berbagai input kenegaraan berorientasikan Indonesia dipupuk ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak.
Ini termasuklah di bidang agama, hiburan, berita dan politik. Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak membawa masuk kitab-kitab Injil terjemahan bahasa Indonesia secara pukal ke Sabah dan Sarawak.
Dari sinilah datangnya penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab Injil versi Indonesia yang digunakan dengan meluas di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.
Justeru, tiada siapa melarang penggunaan ALLAH oleh Kristian di Sabah dan Sarawak kerana ia berlaku sebelum mereka menyertai Malaysia lagi. Eksklusifnya mereka dalam hal ini adalah seeksklusifnya mereka menggubal undang-undang imigresen mereka sendiri.
Ia berlaku di kalangan umat Kristian yang menggunakan Al-Kitab, Injil versi bahasa Indonesia, sebagai rujukan agama Kristian mereka. Hasil Al-Kitab inilah juga, pribumi Sabah dan Sarawak semakin mahir berbahasa Melayu.
Apa yang ditentang ialah, niat puak Kristian di Semenanjung yang terdiri dari kaum Cina dan India yang bukan pengguna bahasa Melayu ini. Mereka malah sebelum ini tidak pernah mendaulatkan bahasa Melayu sesama mereka. Tidak pernah pula menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pergaulan sesama keluarga dan komuniti mereka.
Tiba-tiba, tentu sahaja dengan niat provokasi dan mendatangkan sakit hati, Kristian-kristian di Semenanjung, tanpa sebab musabab yang utuh, merebut kata nama khas 'Allah' untuk Al-Kitab bahasa Melayu yang mahu dicetak oleh mereka.
Paling sedih, hal ini berlaku setelah mereka berjaya menakluk dan menjinakkan PAS , sebuah parti yang tidak diterima di Sarawak dan Sabah, supaya terkurung dalam kandang mereka dan mudah pula untuk di anjingkan.
Adakah tuntutan mereka bersifat intelek atau provokatif? Tidakkah ia lebih kepada kurang ajar? Tetapi oleh kerana kebodohan abadi kekal subur dalam Pakatan Rakyat, pembohongan Abby Abadi tak akan diperbetulkan sesiapa.
Kepada Admin,saya ialah rakyat Sarawak..Inggin saya ingatkan di sini adalah tidak benar dengan mengatakan Indonesia telah mengodam Sarawak walaupun secara relatifnya sempadan yg berdekatan,Agama kristian telah dibawa masuk oleh Rajah Sarawak yg pertama iaitu Rajah James Brooke yg memerintah pada ketika itu Oleh sebab bahasa melayu lebih difahami maka Kerajaan Sarawak telah menetapkan bahawa Kalimah tersebut akan disebut dlm bahasa melayu utk menyenangkan aktiviti dakwah,mengenai kerajaan BN hari ini membenarkan Kalimah pekara itu adalh perlu kerana Sarawak telah mempunyai perjanjian yg dinamakan sebagai Pekara 18 dan 20 tau Malaysia Agrmment..sila jangan buat spekulasi sendiri dan menganggap Sarawak dan Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu kerana kami mempunyai entiti yg tersendiri,untuk makluman anda juga Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak kisah dengan penggunaan Kalaimah ini,Sekian.
ReplyDeletePihak kjaan perlu kaji semula bible dlm bahasa melayu d sbh dan swrk. Jika mrk ingin trjemahkan bible tu boleh tapi dlm bahasa lain yng bangsanya bnyk kristian spt kadasan dan iban bukan bahasa melayu.penterjemahan dlm bahasa melayu ...sama seperti ada udang d sblk batu..dan di semenanjung bible dlm bahasa melayu juga ada niat tersembunyi........fikir2kan lah..bangsa bajau tolak bible dlm bahasa melayu wlupn d sabah.
ReplyDeleteSaya sudah beli Bible. Semakin di baca semakin banyak kesilapannya. Banyak kata-kata manusia yang telah di masukkan ke dalam Bible. Hanya 18% sahaja kata-kata Jesus. Itu pun benar kah tidak. Kalimah Allah hanya isu politik yang tiada penghujung.
ReplyDeleteAdmin paloi
ReplyDelete